Posts

Showing posts from September, 2012

Tindakan liar bukan cara pertahan Rasulullah

Nabi Muhammad SAW adalah makhluk terbaik yang diciptakan Tuhan, diutus buat semua dan menjadi rahmat untuk sekalian alam. Kewajipan mentaati Nabi Muhammad adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat disangkal seorang Muslim yang beriman. Malah, menyintai Nabi Muhammad SAW antara kewajipan seorang Muslim yang menjadi tanda keimanannya. Perjalanan kehidupan baginda Nabi SAW, tidak pernah sunyi daripada dugaan dan cabaran, penghinaan dan cacian yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin yang memusuhi Baginda. Walau apa pun penghinaan dan cacian terhadap baginda Nabi Muhammad SAW, sebagai Muslim, kita mengetahui akan hakikat kemuliaan Nabi secara yakin tanpa sebarang keraguan. Filem hina nabi Berikutan insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh Nakoula Basseley Nakoula dari California yang menghasilkan sebuah filem berjudul The Innocence of Muslim dan dimuat naik di laman sosial YouTube, adalah wajar pelajar dan mahasiswa Muslim disarankan untuk memperdalam penge...

Mitos Piala Sultan Selangor

Shah Alam: Ketika Selangor menjuarai Piala Sultan Selangor edisi ke-4 pada 2005 dan edisi ke-7 pada 2008, tuah seakan-akan memihak kepada Merah Kuning apabila turut layak ke final Piala Malaysia pada kedua-dua tahun berkenaan. Namun, kekalahan kepada Singapura pada Piala Sultan Selangor 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011 turut memberi petanda buruk kepada Selangor apabila mereka gagal ke pentas Piala Malaysia pada lima tahun berkenaan. Malam kelmarin, Selangor berjaya merampas semula Piala Sultan Selangor dengan menewaskan Singapura 3-1, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada tuah sekali lagi akan memihak kepada mereka untuk mara ke final Piala Malaysia musim ini? Tidak timbul soal letih Memang matlamat pihak pengurusan untuk meneruskan Misi 33. Walau bagaimanapun, kami perlu hadapi satu persatu. Pertama, kalahkan Johor FC pada suku akhir kedua (malam esok), kemudian mengatasi sama ada Kelantan atau FELDA United di separuh akhir. Kemenangan ke atas Singapur...

Maya Karin dilamar

Tanpa angin dan tanpa ribut, Maya Karin membuat pengakuan dirinya dilamar. Tentunya ia berita mengejutkan kerana selama ini, apabila ditanyakan soal hati dan perasaan, jawapan daripada wanita popular berdarah kacukan Melayu-Jerman ini cukup mengecewakan. Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa personaliti lelaki sebelum ini, semua itu gosip yang akhirnya lenyap begitu saja. Bila masanya pelakon dan penyanyi ini bercinta, dan siapakah jejaka yang berani melamar wanita yang bukan mudah menyerahkan hatinya kepada sebarang lelaki ini? Walaupun mengaku dirinya disunting, pinta Maya, janganlah perkara itu diperbesarkan kerana dia belum membuat sebarang keputusan. "Memang saya dilamar, tetapi yang membuat lamaran ialah sebuah syarikat rakaman antarabangsa, yang mahu menjadi pengedar album saya. Jika segala perancangan berjalan lancar, mereka juga mahu saya bernaung di bawah payung mereka sebagai artis rakaman. Belum ada kata putus "Buat masa ini, belum ada ...

2.7 juta bujang dapat BR1M 2.0

KOTA BHARU 30 Sept. - Lebih 2.7 juta individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas di negara ini bakal memperoleh manfaat pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang akan mula diagih awal tahun depan. Lebih menggembirakan, pemberian tersebut bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang bekerja dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, malah, pelajar universiti serta penganggur turut menikmati bantuan sebanyak RM250 itu.   Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, mekanisme dan prosedur pemberian tetap sama seperti tahun sebelumnya iaitu mereka perlu mengisi borang terlebih dahulu bagi memudahkan pembayaran dibuat.

Lumpur ajaib di Kampung Meritam

PERMUKAAN tanahnya sentiasa lecak tidak mengira musim, sama ada tengkujuh mahupun kemarau. Lebih luar biasa, ia boleh membentuk busut secara perlahan-lahan sebelum meletus dan mengeluarkan bunyi seakan-akan cecair likat yang sedang membuak-buak. Kejadian sama berulang selang beberapa minit kemudian. Setelah beberapa hari, ia akhirnya menghasilkan kawah besar dipenuhi lumpur kehitaman yang lembik dan hangat. Fenomena menakjubkan itu menyebabkan sebuah kawasan lapang di pinggir Kampung Meritam, Limbang, Sarawak yang dulunya lengang bertukar meriah dengan kehadiran orang ramai.   Ketua Kampung Meritam, Mahmud Gampal memberitahu, sifatnya yang sering meletus dan menghasilkan bunyi pelik menyebabkan penduduk tempatan menggelar lumpur ajaib berkenaan sebagai 'lumpur bebuak'.

‘Mandi’ air cuci lantai

KUALA LUMPUR: Beberapa penghuni Venice Hill Condo, Cheras, di sini, kesal dengan tindakan segelintir penghuni kondominium itu membuang sampah dan mencurah air cucian lantai ke bawah sehingga mengancam penghuni di tingkat bawah. Penghuni, Nazatul Azreen Abdul Hayi, 40, yang menginap di tingkat bawah, mendakwa perbuatan itu dipercayai dilakukan pelajar kolej yang menyewa di tingkat 16 ke atas yang sering membuang sampah-sarap dan mencurah air. "Saya nyaris basah selepas dicurah air sisa cucian lantai oleh pelajar berkenaan baru-baru ini. "Sampah yang dicampak seperti tin minuman, kertas laporan kajian, plastik makanan, lampu kalimantang, malah suami saya menemui pembalut kondom di halaman rumah. "Kawasan ini menjadi tumpuan kanak-kanak, ia mungkin penyebab kemalangan dan kami sentiasa risau keselamatan mereka," katanya yang juga mempunyai anak berusia 12 tahun. Nazatul Azreen berkata, persatuan penduduk sudah banyak kali membuat aduan kepada pengurusan kol...

Kolej diarah bayar RM18,500

Image
Johor Bahru: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam memerintahkan sebuah kolej swasta membayar balik RM18,500 kos pengajian yang ditanggung seorang bekas pelajarnya dalam tempoh 14 hari. Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Juhana Jemaat @ Jamil, 25, yang membuat tuntutan itu. Sukar peroleh kerja Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh" Juhana Jemaat @ Jamil, Bekas pelajar Juhana membuat tuntutan itu selepas mendapati Diploma Penyiaran diterimanya daripada Malaysia Institute of Intergrative Media (MIIM) kendalian Cosmo Focus Sdn Bhd, tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi. "Saya yang mengadili kes ini amat bersimpati dengan nasib kamu, kerana terpaksa merugikan masa muda selama tempoh pengajian selain melaburkan wang untuk memperoleh diploma berkenaan...

Khutbah Jumaat: Derhaka zaman moden

Anak biar ibu bapa hidup melarat Fitrah kejadian manusia tidak dapat menafikan peningkatan usia dari hari ke hari. Suka atau tidak, kita seharusnya menerima hakikat bahawa setiap yang muda akan menjadi tua apabila sampai masa yang di tetapkan oleh Allah SWT. Namun, persoalannya bukan usia yang menjadi pertaruhan kita, tetapi amalan dan pengorbanan yang kita lakukan selama ini yang menjadi hasil yang harus dinilai setiap manusia lebih-lebih lagi mereka yang bergelar seorang anak. Rasulullah SAW pernah bersabda "Ada tiga jenis manusia yang terkena laknat Allah SWT iaitu: seorang yang membenci kedua-dua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian selepas isteri itu diceraikan beliau menggantikannya sebagai suami dan seseorang yang berusaha supaya orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesama sendiri dengan hasutannya". (Riwayat Ad Dailami) Justeru, Islam mendidik umatnya supaya berbakti dan me...

Facebook didenda tak buang profil palsu

Hakim arah wanita diberi RM4,500 Rio De Janeiro: Sebuah mahkamah mengarahkan Facebook Brazil membayar kepada seorang wanita AS$1,500 (RM4,500) kerana gagal membuang satu profil palsu menggunakan nama dan data peribadi mangsa. Dalam satu kenyataan dihantar kepada agensi berita, mahkamah persekutuan di Brasilia memutuskan, Facebook Brazil perlu membayar pampasan disebut 'ganti rugi moral' yang turut merujuk kepada salah guna gambar wanita terbabit. Saya hantar bukti identiti dan nombor fiskal tetapi mereka hanya membuang profil terbabit selepas saya mengambil tindakan mahkamah" - Nadya Pereira Justino, Plaintif Halaman palsu di rangkaian sosial terbabit memaparkan gambar dan data peribadi yang dikirimkan oleh orang lain, kata plaintif. "Saya melaporkan permasalahan ini tetapi Facebook tidak membuang halaman berkenaan. Malah, saya lakukan apa yang mereka minta saya buat. Facebook tak bertanggungjawab "Saya hantar bukti identiti dan no...

Saudi tahan 908 jemaah

Jeddah: Arab Saudi menahan 908 wanita Nigeria yang mahu mengerjakan haji sebaik tiba di lapangan terbang dan mahu menghantar mereka pulang kerana tidak diiringi suami atau saudara lelaki mengikut peraturan di Makkah. Ini adalah kali pertama jemaah kemungkinan dihantar pulang berikutan isu pengiring lelaki, kata Suruhanjaya Haji Nigeria. Satu perjanjian di antara Arab Saudi dan Nigeria sebelum ini mengecualikan jemaah wanita membawa saudara lelaki untuk mengiringi mereka yang memerlukan biaya tambahan AS$4,000 (RM12,000) seorang. Hingga kini, pegawai jemaah negeri dibenar untuk menggantikan saudara lelaki atau suami jemaah wanita.

Ford Focus berwajah baru

PETALING JAYA 16 Sept. - Pengedar tunggal kenderaan berjenama Ford, Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd. (SDAC) menyasarkan jualan sebanyak 300 unit setahun bagi Ford Focus berwajah baru yang dilancarkan, baru-baru ini. Ford Focus mula diperkenalkan di pasaran dunia sejak 1998 dan menjadi kenderaan paling laris jualannya di dunia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Pengarah Urusan SDAC, Lee Eu San berkata, pihaknya menawarkan empat varian Ford Focus wajah baru iaitu dua varian bagi kategori sedan dan dua lagi untuk hatchback.   Katanya, beliau yakin jualan Ford Focus wajah baru ini akan mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia dan juga di ASEAN.

Kurang mendapat peluang pendedahan di luar negara menghalang lebih ramai pemain mengikut jejak langkah Safee Sali atau Mohd. Nazmi Faiz

KUALA LUMPUR - Kurang mendapat peluang pendedahan di luar negara menghalang lebih ramai pemain mengikut jejak langkah Safee Sali atau Mohd. Nazmi Faiz. Malah, ada pemain yang menolak tanggapan mereka tidak pandai menjual bakat dan tidak memiliki rekod biodata. Ini diluahkan oleh pemain bek kiri kebangsaan dan Selangor, Asraruddin Putra Omar yang merasakan mereka perlu diberikan lebih banyak lagi ujian pemilihan di luar negara bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan antarabangsa.   Sepanjang bergelar pemain profesional, saya lihat pemain di negara ini tidak banyak mendapat peluang bermain di luar negara (peringkat kelab). Ia menyukarkan sedikit peluang kami yang mahu mengembangkan karier ke luar negara memandangkan kualiti pemain yang dimahukan banyak kelab jelas begitu tinggi, bukan sesuatu yang mudah buat para pemain di sini," katanya.  

Bajet 2013 - Subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilo mulai esok

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.   "Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya ketika membentangkan belanjawan bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" hari ini. Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini. Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Jan 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Dis 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 se...

Bajet 2013 - Diskaun mudahkan bayaran PTPTN

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013.   "Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri turut mengingatkan para peminjam bahawa hukum membayar hutang adalah wajib dan pinjaman PTPTN merupakan satu amanah. "Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan," katanya. Sehingga Februari lepa...

Intipati Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Berikut ialah intipati Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.   Tema Bajet 2013 ialah Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".   * Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan. * RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan. * RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan. * RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar * RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. * RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpan...

Bajet 2013 - BR1M 2.0 merangkumi individu bujang

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.   Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara. "Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungja...

Atasi parut jerawat

Meningkat usia remaja, imej di kalangan rakan-rakan terutama dari segi penampilan diri menjadi semakin penting. Namun usaha tersebut sering digagalkan dengan 'kemunculan' jerawat pada wajah akibat daripada beberapa faktor termasuk perubahan hormon. Memburukkan keadaan apabila jerawat yang muncul meninggalkan kesan parut yang sudah tentunya menjejaskan penampilan. Kerisauan tersebut mungkin reda dengan kehadiran gel Hiruscar Post Acne , yang merupakan produk rawatan parut jerawat pertama diperkenalkan di Malaysia. Pengarah Pemasaran Medinova AG Regional OTC, Pamela Tan , berkata, rumusan tiga dalam satu Hiruscar Post Acne telah diuji secara klinikal untuk menghilangkan parut jerawat dalam tiga langkah mudah.  

Menebus dosa silam

KEDUDUKAN semua insan di sisi Allah SWT adalah sama, hanya yang membezakan adalah ketakwaan dan keimanan seseorang. Begitu jua Allah SWT turut memberi jaminan akan mengampunkan dosa hamba-hambanya asalkan mereka bertaubat kepada-Nya dengan sebenar-benar taubat. Sebagai manusia, pastinya tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan akibat kelalaian dan kealpaan diri terhadap Pencipta kita. Apa yang pasti, apabila sampai waktunya dan mendapat pula hidayah daripada Allah SWT, insan-insan ini akan pulang semula ke pangkal jalan.   Ini yang terjadi terhadap sekumpulan wanita dari Rumah Sinar Salam, yang telah mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT dengan meninggalkan kehidupan masa lalu yang penuh kegelapan dan diberi rezeki pula untuk menjejakkan kaki ke Mekah mengerjakan umrah atas tajaan individu prihatin. Ini membuktikan sesiapa sahaja boleh bertaubat dan mencari keredaan di sisi Tuhan biarpun pada masa lalu bergelumang dalam kancah maksiat. Be...

Duit jual rumah biayai umrah

EMPAYAR perniagaan Zakaria Hassan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Fayrooz Marketing Sdn. Bhd., pernah jatuh merudum tahun lalu sehingga dia terpaksa menjual dua buah rumahnya untuk menyelamatkan perniagaan. "Tetapi sebelum perniagaan saya jatuh, saya telah berniat atau sangat berhajat untuk membiayai kos ibadat umrah untuk sembilan orang jemaah. "Lalu dengan hasil jualan rumah itu saya meneruskan niat tersebut walaupun sepatutnya digunakan untuk membangunkan semula perniagaan," katanya yang merupakan seorang ahli peniagaan yang berjaya dan dikenali ramai. Balasan yang diterimanya selepas itu amatlah menakjubkan, perniagaannya tidak sahaja pulih malah begitu maju dengan membuka pelbagai cawangan termasuk di luar negara.   Biarpun tidak mengharapkan balasan, beliau percaya semua itu berkat doa daripada jemaah yang dibantu untuk mengerjakan umrah berkenaan. Sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada Allah atas bantuan dan nikmat dari-Nya, Zakaria menubuhkan F...

Chong Wei rampas takhta No. 1

KUALA LUMPUR - Kekecewaan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik London sedikit terubat apabila dia merampas kembali takhta No. 1 dunia daripada musuh tradisi, Lin Dan semalam, malah dijangka mengekalkan kedudukan tersebut sehingga penutup 2012. Kejayaan menjuarai Siri Super Terbuka Jepun, minggu lalu memberi 9,200 mata ranking buat jaguh perseorangan negara itu, sekali gus memintas Lin Dan dengan kelebihan tipis 1,505. Chong Wei mengumpul 93,298 mata keseluruhan, manakala Lin Dan 91,793.   Chong Wei, 29, yang menumpaskan Boonsak Posana 21-18, 21-18 ketika merangkul gelaran ketiga Terbuka Jepun mampu mengekalkan kedudukannya sehingga akhir tahun memandangkan Lin Dan tidak akan beraksi pada dua kejohanan utama di Eropah bulan depan, Siri Super Premier Terbuka Denmark (16-21) dan Siri Super Terbuka Perancis dari 23-28.   Selepas menerajui takhta No.1 dunia selama 191 minggu, Lin Dan memintas Chong Wei pada ranking 21 Jun dan mengekalkan kedudukan selama 14 minggu. Dia ...

Sekolah buat soalan sendiri

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Mulai tahun depan, semua soalan peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibuat sendiri oleh pihak sekolah dan bukan lagi disediakan jabatan pelajaran negeri.   Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan beban jabatan pelajaran negeri. Namun, jelas beliau, semua soalan percubaan itu perlu mendapat pengesahan daripada jabatan pelajaran negeri terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Banyak tugas yang perlu dilakukan jabatan pelajaran negeri dan kita fikirkan ini salah satu cara bagi membantu mengurangkan beban tugas mereka.   Kita akan seragamkan perkara itu di seluruh negara dan pihak sekolah yang bertanggungjawab menyediakan soalan percubaan peperiksaan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Kelas peralihan dimansuh 2017 - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelas peralihan di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di seluruh negara dijangka dapat dimansuhkan menjelang 2017. Menurut Timbalan Perdana Menteri, proses itu akan memendekkan tempoh persekolahan murid-murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang memilih SMK.   Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan itu dapat dilakukan selepas kurikulum Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT diseragamkan dengan kurikulum sekolah kebangsaan (SK) bermula dengan murid tahun empat pada 2014. "Selama ini, penguasaan bahasa kebangsaan yang seragam di semua sekolah agak sukar dicapai kerana standard kurikulum Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT adalah berbeza dengan di SK.   "Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kerajaan bercadang melaksanakan kurikulum yang sama dan berharap penguasaan bahasa Malaysia murid-murid di SJKC dan SJKT akan meningkat dan setara dengan rakan-rakan mereka d...

SPNB beli rumah dari pemaju dan jual kepada rakyat dgn harga murah

PUTRAJAYA 27 Sept. - Hasrat golongan pertengahan dan bawahan memiliki rumah sendiri bakal menjadi kenyataan apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membeli rumah secara pukal daripada mana-mana pemaju perumahan sebelum dijual semula pada harga ditetapkan oleh kerajaan. Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron ( gambar ) berkata, menerusi kaedah tersebut harga jualan rumah dapat dikurangkan berbanding harga pasaran semasa yang kini mengalami kenaikan mendadak sehingga menyukarkan golongan terbabit membeli rumah.   ''Walaupun tindakan ini dilihat merugikan SPNB tetapi sebagai syarikat milik kerajaan kami melakukan tanggungjawab sosial meringankan beban rakyat dalam membantu mereka memiliki rumah.   ''Sejak 1997, SPNB sebenarnya telah memainkan peranan utama dalam memberi nafas baru kepada projek-projek perumahan terbengkalai dan membina perumahan untuk semua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

SMK Tunku Anum pertahan kejuaraan

USAHA keras akhirnya membuahkan hasil buat pasukan bola sepak SMK Tunku Anum (SMKTA) Kedah apabila mencipta kemenangan hatrik mempertahankan Piala Remaja Bawah 17 Tahun KPM 2012 dengan menewaskan SMK Mutiara Impian (SMKMI) Pulau Pinang, 4-1 pada perlawanan akhir di Stadium Darulaman, kelmarin. Ketua jurulatih pasukan SMKTA, Mohd Zaini Othman berkata, beliau puas hati dengan kejayaan pasukannya yang meraih kejuaraan ketiga berturut-turut. "Kejayaan kami tidak dicapai dengan mudah. Sejak mengambil tugas melatih pasukan pada 2008, kami berjaya layak ke final Bawah 15 Tahun di Manchester United 2010 tapi gagal mara ke final Piala KPM B-15 selepas tewas di separuh akhir kepada Sekolah Bola Sepak Bukit Jalil. "Malah kami juga tewas kategori B-17 di peringkat sama tapi kini anak buah saya sudah matang dan belajar daripada kesilapan ketika mengharungi pertandingan itu pada 2010 dan akhirnya mencipta kejayaan," katanya. Pada perlawanan kelmarin, SMKTA mendahului seawal ...

Beli hotel RM24j

FELDA Travel Sdn Bhd (Felda Travel), anak syarikat Kumpulan Felda melabur RM24 juta bagi mengambil alih Hotel Seri Costa di Bandar Hilir, Melaka, sekali gus menjadi hotel pertama dimiliki dan diuruskan sendiri syarikat berkenaan dalam usaha memperkembangkan perkhidmatan hospitaliti di Malaysia. Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, pengambilalihan hotel tiga bintang pada 1 September lalu yang mempunyai 147 bilik, tiga bilik seminar dan sebuah 'coffee house' itu selaras dengan misi jangka panjang Felda Travel untuk memiliki dan menguruskan hotelnya sendiri bagi merancakkan sektor pelancongan Malaysia. "Pemilikan hotel ini amat sesuai dan pelaburan di Melaka keputusan tepat dengan mengambil kira popularitinya sebagai negeri pelancongan. "Kami yakin jumlah pengunjung ke hotel ini dan enam lagi resort milik kumpulan terbabit akan meningkat setiap tahun," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hotel Seri Costa di Melaka, semalam. H...

WiFi Celcom di kopitiam

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) melancarkan perkhidmatan capaian Internet tanpa wayar (WiFi) di kedai kopi Cina atau lebih dikenali sebagai kopitiam di seluruh Malaysia menjelang akhir bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, menerusi kemudahan itu, pengusaha kopitiam akan dibekalkan dengan peranti mobiliti PortaWiFi untuk sokongan capaian data Wi-Fi Hotpot berkelajuan sehingga 21Mbps. "Kemudahan ini bakal menyediakan pelanggan kopitiam dengan akses Internet segera terpantas dalam wilayah Celcom. "Sebagai permulaan, kopitiam terpilih akan mengaplikasi PortaWiFi secara percuma selama tiga bulan sebelum Celcom memperkenalkan pakej langganan perkhidmatan data khusus untuk peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedikit masa lagi," katanya selepas sidang media pelancaran servis itu di Kuala Lumpur, semalam. Perasmiannya disempurnakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Hadir sama, Presiden Celcom Axiata Berhad, Datuk Se...

Tunggu ‘ejen’ ke Thailand

KANGAR: Suspek utama kes bunuh dan rompakan van pengawal keselamatan membabitkan wang RM1.2 juta di Taiping yang ditahan polis di negeri ini kelmarin dicekup ketika dia menunggu kedatangan 'ejen' untuk membawanya ke Thailand. Seorang penduduk kampung mahu dikenali sebagai Pak Ya, 53, yang membantu polis ketika operasi menahan lelaki berusia 25 tahun itu, berkata ketika diberkas suspek tidur dalam sebuah pondok di atas bukit di Bukit Wang Angin, Banjaran Nakawan, dekat Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 11 pagi. Menurutnya, pondok usang itu milik warga negara jiran dan lokasi suspek ditahan adalah kawasan sempadan Malaysia-Thailand terletak kira-kira 10 kilometer dari Kampung Syed Omar, di sini. "Saya dan beberapa rakannya bersama anggota polis mula mendaki bukit itu kira-kira jam 9 pagi sebelum tiba di kawasan pondok itu kira-kira dua jam kemudian. "Ada dua pondok di situ terletak 100 meter di antara satu sama lain dan selepas pemeriksaan kami mendap...

Permohonan masuk ke Tingkatan Empat MRSM dibuka 1 Okt

KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2013 akan dibuka secara online mulai 1 Okt ini selama sembilan hari.   Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat Mara, permohonan dan keterangan lanjut boleh dibuat dengan melayari laman web, www.mara.gov.my. - Bernama

Diperdaya ejen urus pinjaman rm87 000

PETALING JAYA: Tindakan seorang ahli perniagaan membuat pinjaman ikut pintu belakang menggunakan khidmat seorang ejen di Damansara Damai, di sini, mengundang padah apabila dia diperdaya lelaki terbabit sehingga kerugian RM87,000. Mangsa berusia 26 tahun mendakwa diperkenalkan kepada ejen terbabit oleh rakannya pada akhir Jun lalu selepas diberitahu lelaki itu mempunyai ramai kenalan rapat terdiri daripada pegawai bank dan banyak membantu individu membuat pinjaman tanpa mengikut prosedur biasa. Menurut sumber, mangsa terpaksa menggunakan khidmat ejen itu berikutan dia didapati tidak layak untuk meminjam membabitkan jumlah besar dan kali pertama menemui ejen itu di sebuah restoran di Damansara Damai. "Selepas berbincang, ejen itu meminta mangsa membayar RM5,000 kononnya untuk membuat dokumen yang membolehkan pinjamannya diluluskan. "Seminggu kemudian, ejen terbabit menghubungi mangsa dan meminta RM3,000 lagi kononnya wang itu digunakan untuk dibayar kepada Bank ...

Pameran kereta lama

KEMUNCULAN kenderaan canggih berbentuk futuristik dengan kelengkapan teknologi terkini yang lebih mesra alam tidak sedikit pun menggugat peminat kereta lama atau antik. Bahkan kenderaan itu kini semakin popular dan menjadi aliran masyarakat pelbagai latar belakang untuk menjadikannya sebagai koleksi peribadi paling bernilai. Jadi tidak hairanlah ada segelintir yang sanggup meredah perjalanan jauh dengan menjengah ceruk kampung untuk membeli kereta berkenaan walaupun hanya tinggal 'rangka'. Usaha mereka dianggap murni untuk menyelamatkan kereta lama yang bernilai sebagai sejarah automotif daripada pupus ditelan zaman kemodenan. Bukan sekadar itu saja, malah sanggup membelanjakan wang tambahan untuk mengubahsuai kereta lama yang dimiliki mengikut ciri-ciri tertentu bersesuaian dengan peredaran masa. Bagi penampilan lebih menarik dan berseri-seri biasanya pemilik menghiasi dengan pelbagai aksesori, menyediakan alat pendingin udara di samping pilihan warna keret...

Horoskop perosak akidah

Tukang tilik, dukun yang membuat ramalan boleh bawa kekufuran Adakah umat Islam menyedari perbuatan menyelidik tarikh dan bulan kelahiran untuk mengetahui sikap atau tingkah laku peribadi sendiri atau orang lain adalah sebahagian amalan menilik nasib atau membaca horoskop? Mungkin ramai yang terkejut dengan pertanyaan ini, namun hakikatnya, mengkaji, menelaah dan menilik sifat atau sikap peribadi menerusi tarikh dan bulan kelahiran juga tergolong dalam perbuatan menilik nasib seperti membaca ramalan bintang zodiak. Perbuatan kufur Pastinya, ramai umat Islam tidak menyangka, mengorek rahsia dan sikap peribadi menerusi tarikh serta bulan kelahiran yang dipopularkan beberapa pakar dan penceramah motivasi kebelakangan ini adalah tergolong dalam perbuatan kufur, sama seperti mendatangi ahli nujum atau tukang sihir termasuk bomoh. Perkara ini ditegaskan Aishah P Othman ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pembabitan Remaja Terhadap Horoskop dan Kesannya Terhad...

Teguhkan pegangan agama

KEBIADAPAN golongan pencetus provokasi agama semakin terserlah sejak peristiwa 11 September 2001. Yang menjadi sasaran tidak lain tidak bukan adalah agama Islam itu sendiri. Peristiwa 11 September itu dijadikan 'lesen' besar untuk mereka menimbulkan prejudis terhadap umat Islam. Belum reda lagi isu penindasan umat Islam Rohingya di Myanmar, kini terbit pula satu filem anti Islam yang bagaikan sengaja menimbulkan api kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Filem 'Innocence of Muslims' biarpun tidak ditayangkan secara rasmi di mana-mana pawagam dan hanya boleh ditonton di laman Youtube, sudah cukup untuk 'menggeletek' golongan yang sememangnya mempunyai persepsi sinis terhadap Islam. Filem ini dikhabarkan, diarah oleh Sam Bacile atau nama sebenarnya Nakoula Basseley Nakoula yang berketurunan Kristian Koptik dan mempunyai pertalian darah dengan Yahudi Israel. Sememangnya dia amat membenci Islam dan mengaku tujuan penerbitan filem itu adalah untuk mem...