Posts

Showing posts from October, 2012

Keranda 'muncul' dari kubur akibat taufan Sandy

CRISFIELD, Maryland - Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.   Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan. Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dengan membawa banyak kemusnahan sehingga hampir menenggelamkan bandar raya New York. Lebih 8.2 juta orang tidak mendapat bekalan elektrik di 17 buah negeri di AS ekoran serangan taufan tersebut. Taufan itu turut membawa kemusnahan di Boston, Philadelphia dan Washington. Taufan itu meninggalkan bandar raya New York kelmarin.   Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, taufan itu bergerak lemah ke negeri Pennsylvania di timur laut AS dan dijangka menuju ke timur New York dan Kanada. - Agensi

Kumpulan Islam tawar bantu AS

ISLAMABAD - Amerika Syarikat (AS) semalam menolak tawaran bantuan daripada pemimpin radikal sebuah kumpulan Islam selepas taufan Sandy melanda negara itu pada Isnin lalu. Pemimpin kumpulan Lashkar-i-Taiba, Hafiz Muhammad Saeed menawarkan untuk menghantar sejumlah kakitangan kecemasan dan bekalan kemanusiaan ke wilayah yang teruk dilanda taufan tersebut.   Menurut kumpulan itu, bantuan tersebut akan dihantar menerusi badan kebajikannya, Jamatud Dawah (JuD). Bagaimanapun, kedutaan AS di sini menolak untuk menerima tawaran tersebut. Penolakan itu dibuat di akaun Twitter. "Kami menghormati tradisi orang Islam membantu manusia yang memerlukan bantuan. Bagaimanapun, kami tidak dapat menerima tawaran Hafiz. "Hafiz dikehendaki kerana terlibat dalam serangan pengganas di Mumbai yang menyebabkan 116 orang terbunuh. "JuD pula ialah pertubuhan pengganas yang disenaraikan AS dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata kedutaan AS. Bagaimanapun, kumpulan berkena...

Penyampai Hot FM disamun

KUALA TERENGGANU – "Wang yang disamun itu bakal saya jadikan sebagai wang hantaran perkahwinan yang akan berlangsung pada 10 November depan. "Saya kini sedang pening memikirkan untuk mencari wang gantian bagi meneruskan majlis perkahwinan ini dengan pasangan saya, Durani Hanum Yusof, 26, kerana masa agak suntuk," demikian luahan penyampai radio Hot FM Terengganu, Mohd Hermansani Aminudin, 29, atau lebih dikenali sebagai Bell. Wang hantaran perkahwinan Bell yang bernilai RM5,000 telah lesap dilarikan dua lelaki bertopeng bersenjatakan pisau dalam satu kejadian samun di Jalan Pusara, di sini, awal pagi semalam. Menceritakan detik-detik cemas itu, Bell berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam, semasa dia dalam perjalanan pulang dari sebuah bank di bandar raya ini untuk ke sebuah warung di Jalan Kamaruddin, dengan memandu kereta. "Sebelum kejadian, saya telah ke sebuah bank untuk mendepositkan wang hantaran perkahwinan ini, namun sebaik tiba di bank ...

Gaji sektor awam dikaji semula tahun depan

MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat. "Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.   Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.   Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat aw...

Pelaburan Genneva: 35,000 pelabur terbabit, pelaburan cecah RM10 bilion

KUALA LUMPUR: Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terbabit dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion. Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut. "Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul. "(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah k...

Guru prasekolah perlu miliki diploma: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan supaya guru prasekolah memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi memastikan kualiti guru setara di semua pusat asuhan. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sentiasa mengkaji bagaimana guru pra sekolah dapat merealisasikan aspirasi ini termasuk membenarkan permohonan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk melanjutkan pelajaran. "Kementerian Pelajaran juga sudah mengambil inisiatif dengan menyediakan satu kursus selama tiga minggu secara percuma bagi melatih guru pra sekolah sektor swasta. Dianggarkan seramai 20,000 guru prasekolah terbabit hingga hujung tahun ini. "Saya berharap lebih ramai lagi yang dapat dilatih di masa akan datang," katanya dalam ucapan ketika merasmikan Minggu Kebangsaan Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Malaysia (ECCE) 2012 di Pusat Konvensyen Sime Darby, di ...

Mudahnya buku MPHOnline

JOSEPTH NG baru berusia 21 tahun, tetapi dia telah mengarang beberapa cerpen yang dikumpulkan dalam sebuah buku berjudul Death and Other Thing. Walaupun mempunyai minat yang berbeza dengan kawan-kawan sama generasi, penuntut di Kolej SEGi, Kota Damansara, Selangor itu mempunyai cara tersendiri dalam memasarkan hasil karyanya dengan kenalan lain. Dia memasarkan bukunya secara dalam talian melalui aplikasi MPHOnline yang dirasmikan di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor bulan lalu. "Buku dalam talian bukan sahaja boleh didapati dengan mudah dan cepat, malah saya mendapat maklum balas seperti bilangan buku yang dibeli dengan cepat," kata Josepth.   Selain Josepth, buku hasil tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Doctor in the House turut dipasarkan dalam aplikasi tersebut selain karya selebriti Amber Chia dan Sarimah Ibrahim. Aplikasi MPHOnline merupakan hasil kerjasama antara pengeluar telefon pintar, Samsung dengan kedai buku, MPH. Aplikasi percuma itu boleh dimuat ...

Obama isytihar bencana besar

YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan. Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey. Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam. Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.   Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS. Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam. Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut. Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut.   Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut. Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air. Dua...

Angkasawan lihat Sandy dari angkasa lepas

CAPE CANAVERAL, Florida - Taufan Sandy yang membawa kemusnahan besar di pantai timur Amerika Syarikat (AS) dapat dilihat dari angkasa lepas. Komander Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Sunita Williams semalam menyatakan dia dan seorang kru lain dapat melihat lingkaran besar Sandy semasa ia mendekati pantai timur itu.   Keluarga Sunita tinggal di New England dan dia membuat pemerhatian dengan teliti di wilayah tersebut. Taufan Sandy itu melanda New York kelmarin sehingga mengakibatkan hampir keseluruhan bandar raya tersebut tenggelam. Seramai 18 orang mati di tujuh buah negeri termasuk Kanada.   Kematian itu akibat dihempap pokok, rumah runtuh, terkena serpihan yang berterbangan dan renjatan elektrik. Taufan itu tiba di New Jersey malam kelmarin dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam. Lebih enam juta penduduk terputus bekalan elektrik dari Carolina ke Ohio. Sementara itu, kempen pilihan raya presiden terpaksa ditangguhkan selama seminggu. Pilihan ...

Piala AFF Suzuki 2012 Empat pemain bakal digugur

SEKURANG-KURANGNYA empat pemain dijangka digugurkan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal dalam masa terdekat sebelum sepak mula kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 bulan depan.   Nama keempat-empat pemain tersebut dijangka diketahui hari ini ataupun selepas siri aksi persahabatan antarabangsa selepas ini. Satu sumber memberitahu Kosmo!, 'pengecilan operasi' skuad kebangsaan itu begitupun bukan sesuatu yang asing sebenarnya. "Ia sesuatu yang normal memandangkan hanya 22 pemain sahaja yang bakal didaftarkan pada kejohanan Piala AFF Suzuki nanti. "Buat masa ini, sekurang-kurangnya empat pemain akan digugurkan dan ia dijangka diketahui esok (hari ini) ataupun selepas aksi persahabatan antarabangsa nanti, manakala senarai sebenar skuad juga akan diumumkan sebelum saingan bermula," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam. Untuk rekod, seramai 28 pelatih telah mula menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 22 Oktober lalu. Selain 28 pe...

Norshahrul terbaik

JIKA Kelantan gah dengan gelaran trebel musim ini, skrip yang sama juga boleh digunakan untuk penyerang prolifik mereka dan pasukan negara, Norshahrul Idlan Talaha apabila mempertahankan kemenangan bagi kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor semalam. Norshahrul, 26, menewaskan empat pemain lain dalam dua kategori iaitu pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah dan Mohd. Norfarhan Mohamad (Kelantan) bagi kategori Penyerang Terbaik manakala bagi kategori Pemain Paling Bernilai, dia mengalahkan Mohd. Badri Radzi (Kelantan) dan Hairudin Omar daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).   "Saya bersyukur kepada Allah atas kejayaan buat kali ketiga berturut-turut ini dan jutaan terima kasih kepada juri yang memilih saya untuk memenangi anugerah ini. "Kemenangan ini juga boleh dianggap hadiah peribadi saya kepada isteri dan keluarga serta untu...

Petronas temui medan minyak Bertam 64 juta tong

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307. Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. "Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, dan ia merupakan kejayaan besar.  "Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan  20,000 tong sehari," kata Najib  pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri nya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggar...

Bekas tahanan ISA hanya ‘layak’ ganti rugi RM1 bukan RM3.3 juta

PUTRAJAYA - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Badrul Zaman P.S. Mohamed sepatutnya diberi pampasan nominal RM1 dan bukan RM3.3 juta seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan secara salah, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini. Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan berkata, ini kerana Mahkamah Tinggi mengambil kira perkara yang tidak relevan ketika membuat keputusan itu. Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan isu berhubung liabiliti semata-mata berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Badrul Zaman selepas membenarkan permohonan habeas corpus ahli perniagaan itu. Katanya, mahkamah itu hanya boleh mendengar semakan kehakiman tahanan berhubung pematuhan prosedur dan bukan kes saman sivil seperti yang difailkan Badrul Zaman terhadap superintenden Pusat Tahanan Kamunting serta dua lagi bagi menuntut ganti rugi atas dakwaan ditahan secara salah. Suzana juga ber...

PBNJ pikat Mat Yo

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekali lagi menyatakan hasrat bawa masuk penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, untuk sarung jersi Johor untuk saingan Liga Malaysia, musim depan. Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, PBNJ kini masih menunggu jawapan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo untuk bersama Harimau Selatan. "Terpulang kepada pemain (Mat Yo) jika masih mahu beraksi dengan Kelantan atau tidak. Saya tidak tahu kontrak beliau secara mendalam, tetapi memang Johor ada niat bawa Mat Yo Ke mari. "Saya rasa dalam soal kertas kerja ke apa, ataupun surat semua sekali masih dalam proses lagi, tetapi kita masih tunggu jawapan daripada sana," katanya kepada media di Istana Bukit Pelangi, semalam. PBNJ juga kini semakin pasti mendapatkan khidmat penyerang dari Sepanyol, Daniel Guiza, 32, yang kini bermain untuk Getafe CF dalam saingan La Liga. Akan tiba di Johor bersama ejennya esok, Tunku Ismail be...

Telefon bimbit bendung malaria

PENYEBARAN penyakit malaria di Kemboja mengundang keresahan dalam kalangan rakyat mereka khususnya mereka yang tinggal di kawasan terpencil. Sebagai usaha menangani masalah itu, kawasan Phnom Dambang yang terletak di sempadan Thailand, kini menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) bagi melaporkan kes malaria. Ia memudahkan pakar perubatan memantau dan bertindak ke atas pesakit yang memerlukan. Ketua kampung sebuah daerah di kawasan itu, Long Vuthy, 41, menjadi individu yang bertanggungjawab ke atas sistem yang diperkenalkan kerajaan Kemboja itu. "Malaria mampu membunuh orang dalam sekelip mata sekiranya kami tidak menerima rawatan khusus. Cara yang diperkenalkan ini diharapkan dapat membantu komuniti di sini," luah Vuthy yang diajar menggunakan servis itu dua bulan lalu oleh pihak Konsortium Malaria, sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang bekerja bersama kerajaan Kemboja dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sebagai amaran, papan tanda berwarna kuning...

Main bunga api: 2 penyokong Kelantan didenda

SHAH ALAM — Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mendenda dua penyokong pasukan bola sepak Kelantan masing-masing RM100 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda, kerana bermain bunga api 'hand flare' semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Shah Alam di sini 20 Oktober lepas.   Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menjatuhi hukuman denda di bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 itu terhadap pembantu restoran, Nurazaha Muhammad Nur, 39, dari Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya dan Ahmad Shahir Daud, 19, dari Kampung Pantai Sabak, Kota Bharu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.— BERNAMA

'Torres wajar diberi kad merah'

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson membidas tindakan Fernando Torres sambil menyifatkan penyerang Chelsea itu wajar dilayangkan kad merah gara-gara sengaja menjatuhkan badan. Kata-kata Ferguson itu hadir sebaik kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Liga Perdana England awal pagi semalam yang berkesudahan United menang 3-2. Dalam aksi 'panas' di Stamford Bridge itu, gol jaringan pemain gantian United, Javier Hernandez pada penghujung babak kedua menjadi pemisah kedua-dua pasukan yang terdahulu terikat 2-2.   Selepas kehilangan Branislav Ivanovic yang dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Ashley Young pada pertengahan babak kedua, The Blues bertambah tertekan apabila Torres didakwa sengaja menjatuhkan badan ketika diasak Jonny Evans pada minit ke-68. Disebabkan itu, pengadil perlawanan, Mark Clattenburg melayangkan kad kuning kedua terhadap Torres yang terlebih dahulu dilayangkan kad kuning pertama apabila mengasari Tom Cleverley. Ia jelas memb...

Ramai tidak sedar bahaya pil kurus

KUALA LUMPUR – Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka. Ada antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan). Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.   Pil berkenaan tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja. Menurut seorang pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai ber...

Proton, Honda setuju kerjasama

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM) mengumumkan anak syarikatnya, Proton Holdings Bhd. (Proton) telah memeterai persetujuan kerjasama dengan Honda Motor Co. Ltd. (Honda) untuk meneroka peluang dalam bidang peningkatan teknologi, pengeluaran rangkaian produk baharu, perkongsian platform dan kemudahan.   Dalam kenyataannya ke Bursa Malaysia, DRB-HICOM berkata, persetujuan itu menandakan potensi kerjasama strategik jangka masa panjang dengan Honda. "Mempunyai syarikat automotif global terkemuka dan kukuh seperti Honda sebagai rakan strategik asing akan menyediakan peluang bagi Proton dan Kumpulan DRB-HICOM untuk berkembang sebagai pengeluar produk tulen (OEM).   "Usaha sama ini akan memberikan impak positif kepada Proton dan DRB-HICOM untuk jangka panjang," katanya di sini semalam. Tambah kenyataan itu, persetujuan kerjasama tersebut akan terus berkuat kuasa sehingga pelaksanaan perjanjian akhir untuk mewujudkan cadangan kerjasama, kecuali apabila kedua-du...

Lelaki kasanova kini kepanasan

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang menyamar sebagai jurutera dan menggunakan laman web mencari jodoh Myjodoh.net untuk memperdaya wanita bagi mengaut untung mudah kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya. Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini ketakutan apabila perbuatan buruknya itu sejak tahun 2009 terbongkar dan disiarkan di akhbar.   "Lelaki itu sedang panas, telefon semua orang merayu-rayu minta mereka gugurkan laporan polis yang dibuat. "Tapi percayalah, kami tak akan mengalah begitu sahaja," katanya ketika memaklumkan hal itu kepada Kosmo! Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki yang berasal dari Terengganu didakwa memperdaya wanita-wanita bujang serta janda berumur 20-an hingga 30-an terutamanya yang berbadan besar, montok dan gebu yang dijerat melalui laman web MyJodoh.net untuk mengikis wang. Lelaki yang mendakwa mempunyai talian persaud...

Janda, isteri rebut durian runtuh Felda

SHAH ALAM - Noor, seorang janda, pada mulanya teruja mendengar pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyatakan janda akan turut menerima bahagian mereka apabila durian runtuh diagihkan kelak. Dia agak kecewa kerana perkara itu tidak berlaku. Pengalaman pahit dilalui. Pun begitu, Noor dari Felda Jengka 14, Pahang reda dengan keengganan bekas suaminya menyerahkan sebahagian duit durian runtuh yang sepatutnya diterima isteri peneroka Julai lalu. Noor, 43, berkata, sebelum bercerai, dia dan suami tinggal di Felda Bukit Sagu. Menurutnya, dia sudah membuat tuntutan kepada bekas suaminya itu, namun tidak diendahkan. "Saya juga telah meminta bantuan pihak pengurusan Felda di sana (Bukit Sagu) supaya membantu saya mendapatkan bahagian saya, namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia bergantung sepenuhnya atas budi bicara bekas suami," katanya kepada Sinar Harian. "Sepatutnya janda dan isteri baru masing-masing akan menerima RM2,500 tetapi lain pula yang te...

Pandelela, Haziq dinobat Olahragawati dan Olahragawan SSBJ 2012

RATU terjun negara Pandelela Rinong Pamg dan atlet memanah Haziq Kamaruddin dinobatkan sebagai Olahragawati dan Olahragawan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 2012 di sini hari ini. Kedua-dua Olimpiad itu dipilih berdasarkan kecemerlangan mereka dalam sukan masing-masing, khususnya pencapaian mewakili Malaysia pada Olimpik Julai lalu selain kutipan emas menerusi Sukan SEA di Indonesia tahun lepas.  Pandelela yang muncul atlet wanita pertama Malaysia meraih gangsa Olimpik bagaimanapun tidak hadir berikutan terlibat dalam kejohanan di luar negara.  Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Gemilang SSBJ, Haziq, 19, berkata beliau amat bersyukur dengan anugerah itu yang secara tidak langsung membakar semangatnya untuk mempamer prestasi lebih baik. Meskipun tersingkir awal pada Olimpik lalu, anak muda dari Johor Baharu itu tidak berputus asa dan telah memulakan persiapan untuk melayakkan diri ke temasya Olimpik di Rio de Janeiro 2016. "Terima kasih pada pihak sekolah yang ...

Peralatan muzik, barang peribadi Yuna lesap di Seattle

PERALATAN muzik yang digunakan penyanyi, Yuna dan beberapa barang peribadi yang disimpan di van dinaikinya hilang, dipercayai dicuri di Seattle, Amerika Syarikat (AS), semalam. Berita itu disampaikan sendiri oleh penyanyi Terukir Di Bintang ini melalui laman mikro Twitter miliknya awal pagi tadi. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu bahawa kesemua peralatan muzik yang digunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van dinaiki. Yuna menulis di laman Twitter miliknya, "talking to my mom after all of our gears got stolen from the van in Seattle today." Namun, Yuna bersyukur kerana semua krew yang menyertai siri jelajahnya selamat. Yuna menulis, "Redha sajalah. Asalkan semua selamat." Susulan perkembangan kejadian itu, Yuna menulis lagi tentang barangan yang hilang boleh diganti, tetapi bukan pengalaman. "Terima kasih kepada semua yang menyokong Allen Stone dan menyaksikan persembahan saya," katanya lagi. Sementara itu, Yuna sempat berkongsi p...

Toyota Corolla Altis Sedan 2013

Image

H160 – TABLET WINDOWS 8 TERBARU DARI LG

Image
Ia mempunyai rekaan yang nipis iaitu 16 milimeter dan mempunyai berat sekitar 1.04 kilogram. Secara luarannya tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tablet android lain di pasaran. Layar skrinnya agak besar 11.6 inci dengan resolusi 1366×768 piksel. Manakala untuk prosesor, LG menggunakan prosesor Intel Clover Trail. Pihak LG mengatakan bahawa bateri tablet ini mampu bertahan hingga 10 jam. Buat masa ini LG hanya bercadang untuk menjual produk terbaru mereka ini

Pemain Kelantan kuasai pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

KUALA LUMPUR - Pemain dari pasukan Kelantan, yang merangkul gelaran trebel musim ini, menguasai senarai pendek calon untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena FAM 2012.      Pasukan Pantai Timur itu, yang meraihkan gelaran Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini, mempunyai pemain dalam kesemua lapan kategori pada majlis penyampaian anugerah pada Selasa ini di Shah Alam.      Acara tahunan itu, yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bertujuan mengiktiraf pencapaian pemain tempatan sepanjang musim ini, menurut kenyataan penaja bersama, F&N Beverages, di sini hari ini.      Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menghadapi saingan sengit daripada rakan sepasukan skuad negara dan pemain Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias serta Norazlan Razali dari Selangor.      Ketua pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi pula bersaing hebat untuk merebut anugerah kategori pemain tengah terbaik sert...

Harimau Muda A kekal dalam Liga Singapura

Shah Alam: Harimau Muda A dijangka terus kekal beraksi dalam Liga Singapura musim depan berdasarkan kontrak empat tahun bermula 2012 yang ditandatangani Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Julai lalu. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bagaimanapun berkata situasi itu boleh berubah memandangkan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu perlu membuat persediaan rapi untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Myanmar, tahun depan. Menurut Azzuddin, spekulasi bahawa Harimau Muda A bakal menyertai liga lain di luar negara, hanya khabar angin kerana jawatankuasa eksekutif FAM belum membuat keputusan mengenai perkara itu. "Kita bagaimanapun bercadang menghantar mereka menyertai latihan di Eropah sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA tahun depan," katanya kepada pemberita selepas seminar Liga Malaysia 2013-2016 semalam. Sebelum ini dilaporkan, FAM bercadang menghantar skuad Harimau Muda A...

Rahsia Ben 10

Image
SIAPA sangka di sebalik kehebatan hero pujaan kanak-kanak, Ben Tennyson atau lebih dikenali sebagai Ben 10, terselit rahsia yang mengejutkan. Rupa-rupanya, si peminjam suara untuk karakter popular itu adalah seorang wanita dikenali sebagai Tara Strong. Lebih mengejutkan, Tara bukanlah anak gadis, sebaliknya dia bakal mencapai usia 40 tahun, tahun depan. Ternyata, pelbagai reaksi diterima wanita ini apabila peminat kecil Ben 10 mendapat tahu siapa sebenarnya identiti peminjam suara watak pujaan mereka itu. "Saya seronok melihat reaksi kanak-kanak lelaki. Ada yang marah dan tidak dapat menerima kenyataan selepas mengetahui pemilik suara Ben 10 adalah seorang perempuan. "Ini bermakna, saya sudah melaksanakan tugas yang baik selama ini," katanya yang mula meminjam suara untuk pelbagai produksi sejak usia 13 tahun. Menceritakan pembabitan awalnya, Tara dilaporkan berkata, dia dihantar menghadiri uji bakat untuk peranan Hello Kitty oleh ejen yang be...

Cho Ha: Elak disaman AES

SEJAK Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan 23 September lalu, pelbagai rungutan dilontarkan pengguna jalan raya kerana dilihat sistem ini seolah-olah membebankan mereka. Malah wujud persepsi kononnya ia antara usaha kerajaan untuk mengatasi defisit perbelanjaan menerusi wang saman dibayar pesalah lalu lintas yang dirakam sistem tersebut. Sinar Harian berkesempatan bertemu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mengulas isu ini. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL bersama jurufoto, AZMI ARYANTO. Sejak AES dilaksanakan, bagaimana dengan maklum balas yang diterima daripada pengguna jalan raya? CHO HA: Kami menerima reaksi positif daripada majoriti pengguna jalan raya yang mahukan AES dilaksanakan kerana tidak gembira dengan sikap buruk pengguna jalan raya di negara ini. Melalui maklum balas itu, tidak ada yang mengatakan AES tidak baik kerana tujuan utama pelaksanaannya adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya. Tanggapa...

Keperitan sekolah tahfiz kumpul dana

KEBANYAKAN maahad tahfiz yang dibina di negara ini bergerak secara sendirian tanpa kewangan yang kukuh sekali gus memaksa mereka mempelbagaikan kaedah untuk mencari sumber dan dana bagi menampung kos perbelanjaan bulanan. Pengerusi Maahad Tahfiz al- Quran al-Amin Kampung Berhala Gantang, dekat Temerloh, Wahid Ghaffar Ibrahim mengakui kebanyakan maahad tahfiz di negara ini khususnya yang baru dibuka menghadapi masalah kewangan hingga memaksa mereka mengutip derma. Menurutnya, kutipan derma adalah kaedah terbaik mengutip dana dalam tempoh yang singkat bagi menampung kos perbelanjaan bulanan. "Kalau dahulu kutipan derma atas nama 'pondok' al-Quran tetapi sekarang atas nama tahfiz, ia sama sahaja tetapi masyarakat kita mungkin lebih pemurah apabila kutipan derma diberikan atas nama maahad tahfiz. "Kami juga mengutip derma, tetapi kaedah yang digunakan berbeza. Kami hanya menghantar surat kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan sumbangan selain sumbangan peribadi ...

BMW RM538,800 seunit dan BMW Active Hybrid 5 harga RM648,800 seunit

BMW Group Malaysia (BMW) menyasarkan jualan keseluruhan model edarannya mencecah kira-kira 6,000 unit tahun ini berbanding 5,400 unit tahun lalu bersandarkan kepada sambutan pembeli di negara ini dalam segmen kenderaan mewah. Pengarah Urusannya, Gerhard Pils berkata, ketika ini pihaknya hampir mencatatkan jualan keseluruhan menghampiri 5,400 unit dan pengenalan model berteknologi tinggi dalam kejuruteraan BMW meningkatkan lagi pembelian kenderaannya tahun ini. Beliau berkata, kedudukan BMW di pasaran tempatan turut dilihat semakin kukuh apabila mencatatkan hampir 40 peratus penguasaan pasaran, sekali gus menerajui pasaran dalam segmen premium. "Kecanggihan kejuruteraan kenderaan yang dilaksanakan BMW semakin berkembang mengikut keperluan pengguna dan hari ini, kami turut memperkenalkan dua model sedan hibrid, BMW Active Hybrid 3 dan BMW Active Hybrid 5 yang akan merancakkan lagi inovasi penciptaan dalam BMW. "Kami menjangkakan kedua-dua model ini mampu dijual melebihi...

Bandar yang dipercayai tertua di Eropah ditemui

SOFIA - Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah. Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi. Ia terletak di sekitar sebuah kilang garam tertua di Eropah.   Rangka tulang milik seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak turut ditemui di lokasi tersebut. Penemuan yang dibuat oleh kumpulan ahli arkeologi Bulgaria itu disahkan oleh saintis Jerman, Jepun dan Britain. - Agensi

Effa Owona sertai Terengganu

PENYERANG import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang akan tamat kontrak dengan pasukan itu hujung bulan depan bakal mengetuai jentera serangan pasukan Terengganu musim depan. Pemain berusia 29 tahun itu yang pernah beraksi dalam Liga Perancis dan Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga yakin dapat menunjukkan prestasi lebih baik apabila menganggotai skuad Terengganu kelak. Keyakinan tersebut diluahkan penyerang kelahiran Cameroon itu yang berjaya merekodkan 24 jaringan daripada 30 perlawanan dalam tempoh semusim ketika bersama Negeri Sembilan.   "Saya juga kenal beberapa pemain di sini (Terengganu) dan saya yakin saya boleh melakukan lebih baik daripada apa yang saya lakukan sebelum ini," katanya. Owona ditemui selepas menandatangani kontrak bersama skuad Penyu di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Kuala Terengganu semalam. Hadir pada majlis itu, pengurus pasukan, Marzuki Yusof. Kontrak Owona selama setahun bersama skuad Penyu akan ...

Peneroka Terengganu dapat dividen RM2.6j

SETIU - Seramai 7,459 peserta Felda Wilayah Terengganu menerima dividen Felda Global Venture Holdings (FGVH) bernilai lebih RM2.6 juta daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di sini semalam. Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, setiap peserta akan menerima RM365 seorang. "Pemberian dividen ini menggambarkan Felda sentiasa prihatin terhadap nasib peneroka di Terengganu," katanya selepas majlis penyampaian dividen berkenaan dan korban sempena Hari Raya Aidiladha di Felda Chalok Barat di sini.   Turut hadir, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad dan Pengurus Besar Wilayah Terengganu, Abdul Malik Abdul Rani. Mohd. Isa berkata, tahun ini, Felda membelanjakan RM45 juta untuk membayar dividen FGVH kepada seramai 112,635 orang peneroka di seluruh negara. Seorang peserta, Tengku Heng Ku Besar, 45, berkata, penyerahan cek dividen FGVH itu membuktikan Felda benar-benar jujur dan sekali gus menolak dakyah pembangkang.   Bagi ketua peneroka Feld...

Ditipu: Pagi raya masih dalam bas

ALOR SETAR 28 Okt. - Kegembiraan beberapa penumpang bas dari Kuala Lumpur untuk balik ke Sungai Petani bagi menyambut Aidiladha bertukar malang apabila ditipu oleh sebuah syarikat bas ekspres yang hanya menghantar mereka ke Butterworth, Pulau Pinang. Seorang penumpang, Nor Farhani Che Ad, 23, mendakwa, dia dan tiga penumpang lain menaiki bas pukul 11.30 malam Khamis lalu di Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) dan sepatutnya sampai pukul 4 pagi Jumaat di Sungai Petani.   Bagaimanapun menurutnya, bas tersebut mula bergerak lewat iaitu pukul 2 pagi Jumaat dan apabila tiba di Butterworth 8.30 pagi, pemandunya memberitahu kenderaan tersebut tidak pergi ke Sungai Petani.   "Saya dan penumpang lain diberikan RM5 seorang sebagai tambang menaiki bas lain untuk ke Sungai Petani oleh pemandu itu yang kemudian turut mengambil tiket kami untuk mengelakkan penumpang mengadu hal kepada pihak berkuasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sultan Kelantan mencemar duli sempurna korban

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini. Baginda yang mengenakan baju T-shirt berwarna merah tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan diiringi pasukan keselamatan. Turut menyertai baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, kerabat diraja Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Acara tahunan kali ini menyaksikan sebanyak 49 ekor lembu dikorbankan sempena dengan sambutan Aidiladha. Daripada jumlah tersebut, dua ekor disumbangkan oleh Sultan Kelantan dan seekor lagi oleh Tengku Mahkota. Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Che Hamat Che Muda berkata, daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada fakir miskin melalui  masjid-masjid di  Kota Bharu dan Masjid Muhammadi. "Dianggarkan 4,000 bungkus daging akan diagihkan bermula tengah hari ini," katanya kepada pemberita. Pa...

Agihan pendapatan AHB 3.25 sen seunit - PHB

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 3.25 sen seunit untuk para pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).   Agihan itu melibatkan anggaran pembayaran kira-kira RM31 juta kepada para pemegang unit amanah berkenaan, iaitu untuk kali kedua berakhir 30 September lalu.

BMW lancar dua model hibrid terbaharu - ActiveHybrid 3 Series dan 5 Series

KUALA LUMPUR 25 Okt. - BMW Group Malaysia buat kali pertama telah melancarkan dua buah model hibrid terbaharu iaitu ActiveHybrid 3 Series dan 5 Series di pasaran tempatan.   Kedua-dua model berkenaan masing-masing dijual pada harga RM538,800 dan RM648,800 sebuah tidak termasuk insurans. Orang ramai kini boleh melihat model baharu berkenaan di tingkat 3, Pavilion. Turut dipamerkan adalah kereta konsep BMW Vission Connected Drive yang menjadi perhatian pasaran automotif dunia.