Posts

Showing posts from November, 2012

Doa 'KO BN': Pas langgar Enakmen Syariah Kelantan, kata Shahrizat

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini mendakwa Pas telah melanggar Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana melafazkan doa 'KO BN' pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu dua minggu lalu. Menurut Shahrizat, doa tersebut yang dipimpin oleh adik Murysidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sebagai menyalahi Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam. "... atau tidak patut dapat diterima, sebagai menganuti agama Islam, atau tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam agama Islam. "Adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya," jelas Shahrizat ketika menyampaikan ucapan dasar sayap wanita Umno, di Dewan Merdeka, hari ini. Shahrizat kemudian menggesa seluruh perwakila...

Piala AFF: Harimau Malaya 'tempang' tanpa Mat Yo esok

SKUAD bola sepak kebangsaan berdepan laluan berliku pada perlawanan kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok selepas penyerang Norshahrul Idlan Talaha disahkan mengalami jangkitan kuman di telinga. Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal berkata, beliau tidak pasti sama ada mampu menurunkan penerima anugerah pemain paling bernilai tiga tahun berturut-turut tersebut pada perlawanan menentang Laos. "Memang benar (Mat Yo) mengalami masalah kesihatan, dan saya tidak pasti sama ada dapat menurunkan beliau atau tidak, pada perlawanan esok. "(Bagaimanapun), saya akan mendapatkan pengesahan daripada doktor pakar yang merawat beliau terlebih dahulu pada malam ini untuk mengetahui sama ada beliau boleh beraksi atau tidak," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini. Malaysia, yang sebelum ini diaibkan 0-3 oleh Singapura pada ...

Mat Yo sah milik Johor, mampukah Johor menundukkan Kelantan tahun depan?

PENYERANG kontroversi, Norshahrul Idlan Talaha sah menyertai pasukan Harimau Selatan bagi musim 2013, selepas menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), di ibu negara, malam ini. Sesi tandatangani kontrak diadakan secara tertutup di sebuah hotel, kira-kira jam 9 malam ini. Perkara itu dimuktamadkan selepas beberapa jam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pemain Paling Bernilai kali ketiga berturut-turut itu bebas untuk bermain dengan mana-mana pasukan musim depan. Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim mengesahkan mengikat kemasukan penyerang sensasi itu bersama pasukan Johor.   "Saya mengesahkan PBNJ telah menandatangani kontrak bersama Mat Yo. Mat Yo secara sah akan bersama Johor bagi kontrak dua tahun," katanya kepada Sinar Harian. Bagaimanapun kata Suhairi, butiran lanjut kontrak tidak didedahkan dan sebarang kenyataan mengenai perkara itu hanya akan diumumkan Presiden PBNJ, Tunku ...

Al-Quran teras tahfiz Matadahu

ALUNAN suara kanak-kanak membaca ayat-ayat suci al-Quran jelas kedengaran sebaik kaki melangkah masuk ke Maahad Tahfiz Darul Huffaz (Matadahu) yang terletak di Kota Damansara, Selangor. Sesekali bacaan mereka terhenti apabila ditegur oleh guru yang bertugas kerana kesilapan yang dilakukan sebelum bertindak menyambung kembali hafalan. Rata-rata merupakan pelajar yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Ditubuhkan sekitar tiga tahun lalu, Matadahu merupakan sebuah pusat pendidikan tahfiz yang menjadikan hafazan al-Quran sebagai mata pelajaran teras bagi semua pelajar.   Maahad Asia Barat Penasihat Matadahu, Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al Linggi, 31, berkata, selain itu para pelajar juga akan diajar dengan ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab berdasarkan sukatan beberapa maahad yang terdapat di Asia Barat seperti Mesir dan Yemen. "Apa yang pasti, matlamat kami adalah untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam yang terdiri daripada anak-anak beriman, beramal dan bertaqwa sela...

Taman tema tandas pertama di dunia di Korea Selatan

SUWON - Taman tema tandas pertama di dunia terdapat di bandar ini yang terletak sejam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan. Tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan pesakit di hospital merupakan antara bahan pameran di taman tema itu. Patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar juga terdapat di taman berkenaan. Sebuah muzium tandas juga terdapat di bandar ini.   Muzium itu mempunyai rekabentuk seperti tandas dan ia pernah menjadi kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck. Jaek-duck meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 70 tahun. Beliau merupakan bekas datuk bandar ini dan pernah mendermakan tandas untuk kegunaan para peminat sukan semasa Korea Selatan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2002. - Agensi

Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya

RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin. Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari. Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut. Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. - Agensi

Sampel tulang Arafat diambil

RAMALLAH - Jenazah bekas pemimpin terkenal Palestin, Yasser Arafat dikebumikan semula semalam di kuburnya di sini selepas sampel daripada tulangnya diambil untuk diuji sama ada terdapat tanda-tanda beliau diracun. "Pada pukul 5 pagi waktu tempatan, liang lahad itu mula digali dengan cermat," kata sumber Palestin. "Operasi tersebut telah tamat dan kuburnya telah dikambus semula manakala sampel yang diambil telah diberikan kepada pakar dari Perancis, Switzerland dan Rusia," kata sumber berkenaan. Proses pengambilan sampel tulang Arafat itu dilakukan oleh seorang doktor Palestin yang diperhatikan oleh pakar dari tiga negara tersebut. "Sampel tulang Arafat diambil dari dalam liang lahadnya dan kemudian dipindahkan ke sebuah masjid," kata sumber berkenaan. Keputusan daripada sampel yang diambil itu akan diketahui dalam masa sekurang-kurangnya tiga bulan. Proses pengambilan itu dibuat secara tertutup.   Sampel yang diambil itu bertujuan untuk men...

Tembelang rejim Zionis

SAIDINA Ali Abi Talib pernah memberi peringatan yang amat mendalam, bahawasanya: "Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain." Kisah kaum bani Israel banyak dirakamkan dalam al-Quran bertujuan mendedahkan tembelang mereka dalam isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Jangan sesekali ada di kalangan umat Islam yang mencuba untuk menjalinkan sebarang hubungan diplomasi walau atas dasar apa sekalipun. Perkataan Israel pada asalnya bermaksud pilihan dan ia adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub. Justeru, bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub dan sekarang mereka lebih dikenali sebagai Zionis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya, bani Israel ini adalah kaum yang dimuliakan Allah SWT suatu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan kepada kaum lain." (Surah Al-Baqarah, ayat ...

Teruja bertugas dengan Fafau Hot FM

BIARPUN gagal mempertahankan trofi Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) lalu, pelakon handalan, Noorkhiriah Ahmad Shapie tidak pernah dihambat kecewa. Apatah lagi, tiga kali merangkul anugerah itu pada ABPBH sudah cukup untuk membuatkan dia bersyukur dengan bakat seni kurniaan Tuhan. Begitupun, ibu cantik kepada dua cahaya mata ini seperti memencilkan diri di mata pihak media tempatan. Noorkhiriah, 35, seakan-akan selesa 'low-profile' dan kelibatnya hanya dapat ditonton dalam drama TV semata-mata. Justeru, apa yang menyebabkan dia bertindak sebegitu? Bersua dengannya pada sesi fotografi yang diadakan di Balai Berita, NSTP, Bangsar baru-baru ini selepas agak lama tertangguh, Noorkhiriah akui dia bersikap terbuka menjawab segala persoalan termasuk dakwaan kononnya tidak lagi memerlukan pihak media. Menolak tegas dakwaan negatif itu, Noorkhiriah berkata, bukan niatnya untuk tidak lagi berhubung d...

JPJ: AES bukan undang-undang baru

SHAH ALAM - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak mengubah undang-undang atau peraturan jalan raya sedia ada yang dikenakan terhadap pesalah lalu lintas, kata Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ahmad Nasir Abdul Gani. "Masalahnya terdapat di kalangan orang ramai yang keliru dan menganggap AES adalah undang-undang atau peraturan baru," katanya kepada peserta Program Memperkasakan Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Zon Tengah di sini, hari ini. Mengambil contoh hukuman saman kerana melanggar lampu merah, beliau berkata, dendanya tetap sama iaitu RM300 dan kadang-kala pemandu mungkin terlepas daripada penguatkuasaa undang-undang berikutan tiada pemantauan 24 jam, sedangkan menerusi AES pemandu diawasi menerusi kamera. Jelas beliau, penerima saman AES juga masih boleh merayu seperti sebelum pelaksanaan AES dengan syarat mengemukakan bukti yang kukuh. "Jika terpaksa memandu melebi...

Liang lahad Arafat digali hari ini

RAMALLAH – Salah satu misteri politik Asia Barat mungkin dapat diketahui pada hari ini apabila para saintis menggali liang lahad kubur pemimpin terkenal Palestin, Yasser Arafat (gambar kecil) di sini untuk mengetahui sama ada dia diracun. "Ia amat menyakitkan, mengejutkan dan tidak mudah bagi saya dan anak-anak, tetapi ia mesti dilakukan untuk mengetahui perkara yang sebenar, jika terdapat jenayah, ia mesti diselesaikan," kata balu Arafat, Suha ketika dihubungi di rumahnya di Malta. Ketua Penyiasat Palestin berkata, Tawfik Tirawi berkata, liang lahad tersebut akan digali pada hari ini untuk mengambil sampel dari tulang Arafat dan pengebumian semula akan dilakukan pada hari yang sama.   Khabar angin dan spekulasi tersebar mengenai punca kematian Arafat. Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera dekat Paris pada November 2004 ketika berusia 75 tahun. Doktor-doktor di Perancis tidak dapat mengenal pasti punca kematian presiden Palestin itu. Penduduk Palesti...

Satu petak tempat letak kereta dijual RM509,190

HONG KONG - Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam. Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi. Pada minggu lalu, seorang hartawan Hong Kong, Li Ka-shing menjual 514 petak tempat meletak kereta dan memperoleh sebanyak AS$77 juta (RM235.24 juta), menurut akhbar South China Morning Post dan The Standard.   Petak tempat meletak kereta di Hong Kong boleh disewa pada harga AS$490.30 (RM1,497) hingga AS$606.43 (RM1,852) sebulan. - AFP

Piala AFF - ‘Tiada kaitan dengan perkahwinan saya’

PENJAGA gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat menepis dakwaan bahawa tumpuannya terjejas ekoran persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada penghujung Disember depan. Namun pada masa sama, pemain berusia 23 tahun itu tanpa berselindung mengakui dirinya menjadi punca utama kekalahan 0-3 skuad Harimau Malaya kepada Singapura pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin. Dalam perlawanan itu, Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek didakwa membuat kesilapan mudah apabila gagal mengeluarkan bola pada minit ke-37 hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum disambar Shahril Ishak untuk gol kedua Singapura pada perlawanan tersebut. Persembahan goyah Apek dalam pertemuan itu telah mengundang resah peminat biarpun penjaga gol utama Harimau Malaya itu kembali fokus pada separuh masa kedua.   "Saya bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia kepada Singapura. Begitupun, ia tiada ...

Piala AFF - Harimau jadi kucing

Khalid malu skuad kebangsaan tiada hati dan semangat juang tinggi Kuala Lumpur: Bekas pemain negara, Khalid Ali mengakui malu dan tidak tahu mana mahu letak muka selepas kekalahan Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kepada pasukan jiran, Singapura, malam kelmarin.     "Jika dulu apabila saya turun melawan Singapura, saya cukup semangat untuk menang tetapi apa yang diperagakan skuad kebangsaan semalam (kelmarin), saya cukup malu. Tetapi saya tidak tahu Rajagobal atau anak buahnya ada perasaan itu atau tidak?," soalnya semalam.   Walaupun menganggap persembahan Safiq Rahim dan rakannya itu bukan prestasi sebenar yang ada pada skuad Harimau Malaya namun aksi longlai ditunjukkan setiap posisi jelas sukar diterima olehnya dan penyokong setia. Lari tanpa tujuan "Singapura juga banyak melakukan kesilapan tetapi kita bermain tidak seperti diharapkan kerana kebanyakan pemain hanya sekadar berlari tanpa arah tujuan. Bermain bola sepak bukan hanya berl...

Piala AFF: Harimau Malaya 'elak' media

SKUAD Harimau Malaya memilih untuk 'menyembunyikan diri' selepas diaibkan Singapura semalam, apabila menjalani latihan secara tertutup di Institut Penilaian Negara (Inspen) petang ini.  Usaha media menjengah sesi latihan skuad Harimau Malaya gagal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka memasuki institut berkenaan dengan alasan telah menerima arahan daripada pihak atasan FAM untuk berbuat demikian. Tindakan itu mengejutkan petugas media kerana sebelum ini, mereka tidak pernah dihalang daripada membuat liputan skuad kendalian Datuk K.Rajagobal tersebut. Semalam, Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa arahan tersebut adalah daripada beliau sendiri.   Beliau berkata, tindakan tidak membenarkan media membuat liputan latihan skuad Harimau Malaya itu ada...

Pengurus Harimau Malaya: Kritik secara profesional

PENGURUS skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kamal berharap setiap kritikan yang dilemparkan kepada anak buah Datuk K. Rajagobal harus secara profesional, bukannya bercanggah dengan "budaya kita." Jelasnya, beliau yang sedia menerima setiap pandangan dan cemuhan, mahu setiap tindakan yang dilakukan haruslah kena dengan adat dan budaya Malaysia. "Tiada masalah untuk mengkritik. Tetapi biarlah dibuat dengan rasional dan tidak terlalu terikut-ikut budaya luar yang nyata jauh bercanggah dengan budaya kita. "Kita semua kecewa, tapi kita harus menerimanya dan meneruskan perjuangan yang masih ada," kata Subahan ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya kritikan sekumpulan penyokong Malaysia yang berang dengan kekalahan 0-3 ke atas Singapura di laman sendiri semalam. Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menegaskan bahawa mereka tidak akan memperdulikan setiap kritikan yang dilemparkan...

Piala AFF: Harimau Malaya mampu mengaum esok?

SEMENTARA skuad negara bimbingan Datuk K. Rajagobal dikecam teruk dari setiap sudut, seluruh negara ekoran keputusan kalah 0-3 dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki kelmarin, bekas-bekas pemain dan penganalisis sukan masih meletakkan harapan Harimau Malaya akan bangkit esok. Sehubungan itu, Rajagobal harus segera memperbaiki setiap kepincangan yang ada dalam skuad kendaliannya itu dan jangan terus memberikan harapan palsu kepada peminat tanah air. Apa yang pasti, anak-anak Rajagobal wajib bangkit ketika berdepan Laos esok jika tidak mahu 'berputih mata' ditunjukkan jalan keluar lebih awal kali ini. Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan Laos berjaya mengikat naib juara edisi 2010, Indonesia 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B kelmarin. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga melahirkan harapan Harimau Malaya akan bangkit esok. Masih belum terlambat. Ini diakui sendiri oleh bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali ketika dihubungi Sinar...

Tabung Kecemasan GAZA: Hulurkan Sumbangan anda

Tahukah anda apa yg berlaku di GAZA ketika ini? Bumi berkat Palestin, GAZA diserang lagi oleh Israel.  Sejarah serangan Gaza 4 tahun yang lalu berulang kembali. Apa sumbangan yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara kita di Gaza? Paling minina, doakan untuk saudara kita di sana. Sumbanglah apa sahaja yg anda mampu. Jgn kita hanya berdiam diri, mementingkan diri sendiri dan tidak melakukan apa2 yer   Sumbangan melalui SMS: 1. Taip PALESTIN RM10 / RM5 / RM3 / RM1 2. Hantar ke 39111 Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111   Sumbangan melalui akaun Bank (Aman Palestin Berhad) Dana Sumbangan & Derma Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 Bank Muamalat: 12070005133717 RHB Islamic Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 22-080-619592-2 Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95   Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.amanpalestin.net/ http://www.facebook.com/AmanPalestinMalaysia ht...

Kerja apa selepas universiti?

SEJAK kecil lagi anak-anak sering ditanya, "Sudah besar nanti hendak jadi apa?" Soalan yang sangat klise ini boleh dikatakan ditanya kepada semua kanak-kanak, baik daripada ibu bapa si kecil itu atau orang terdekat mereka. Mengapakah soalan itu ditanya? Soalan ini antara lain untuk memberikan bayangan kepada anak-anak bahawa suatu masa nanti, mereka akan besar dan bukan selama-lamanya menjadi kanak-kanak. Soalan ini juga seolah-olah memberitahu kanak-kanak itu bahawa apabila besar nanti, mereka perlu bekerja demi meneruskan kelangsungan hidup. Mungkin ada banyak lagi sebab lain mengikut penilaian masing-masing. Berabad lamanya, tidak kira di mana saja, ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah demi mengubah nasib hidup dan membanggakan keluarga serta negara. Kalau tidak pun nasib ibu bapa, nasib anak itu sendiri. Semakin moden, bukan hanya anak lelaki yang dihantar belajar tinggi-tinggi, tetapi juga anak perempuan. Kini dengan adanya sistem ...

Membaca di portal e-Sentral

KETIKA mula dilancarkan pada bulan September 2011 oleh syarikat Xentral Methods Sdn. Bhd., e-Sentral, buku elektronik (e-book) kurang mendapat sambutan di Malaysia kerana masih ramai yang tidak peka mengenai kewujudannya. Rakyat negara ini waktu itu baru mengenali nama-nama portal e-book seperti Amazon Kindle, Apple iBooks dan Kobo. Melaluinya, pembaca boleh membeli dan membaca buku keluaran syarikat penerbitan dari luar negara. Perkembangan teknologi yang begitu pesat dewasa ini secara signifikan telah membantu portal e-Sentral untuk menarik minat orang ramai yang meminati bahan bacaan e-book.   Pengarah Urusan Xentral Methods Sdn. Bhd., Faiz Al-Shahab memberitahu, e-Sentral merupakan sebuah portal yang menyediakan pelbagai jenis buku dalam bentuk e-book dan boleh dibaca terus menerusi gajet canggih pembaca. "Menerusi portal ini, setiap pembaca perlu memuat turun aplikasi e-Sentral pada gajet mereka secara percuma. Selesai memuat turun aplikasi tersebut, pembaca akan di...

Ferrari pernah dimiliki Ronaldo dilelong

LONDON - Sebuah kereta sport Ferrari 599 GTB Fiorano yang pernah dimiliki bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo ditawarkan untuk dijual pada harga £40,000 (RM196,155), lapor akhbar MailOnline kelmarin. Ronaldo, 27, membeli kereta itu dengan harga £200,000 (RM980,775) pada tahun 2008. Nilainya jatuh merudum kerana bahagian hadapan kereta itu remuk selepas ia merempuh dinding sebuah terowong pada 9 Januari 2009 dekat Lapangan Terbang Manchester di Manchester. Ronaldo hilang kawalan semasa dia memandu kereta itu semasa dalam perjalanan untuk berlatih dengan rakan-rakan pasukan kelab Manchester United. Keretanya merempuh penghadang jalan sebelum melanggar dinding terowong itu. Kereta sport berwarna merah itu kini disimpan di pekarangan sebuah syarikat pengedar kereta di Duppigheim, Perancis. Kereta itu menggunakan enjin V12 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 330 kilometer sejam. - Agensi

Piala AFF - Apa sudah jadi Rajagobal?

SKUAD 'eksperimen' pun tewas, inikan pula ujian sebenar. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik 'dikerjakan' Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Dua gol ledakan kapten Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75 sudah cukup untuk menyedarkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal supaya kembali 'berpijak di bumi nyata' andai mahu kekal bergelar juara kali ini. Apa yang pasti, alasan Rajagobal yang kononnya sekadar tampil dengan skuad 'eksperimen' ketika melakar beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam siri persahabatan sebelum ini benar-benar terjawab malam tadi apabila anak-anak buahnya masih 'kekeringan idea' memburu jaringan. Lebih mengecewakan, ribuan penyokong di stadium dilihat menjerit melaungkan 'Rajagobal, apa y...

Gaza - Sumpah Ariel Sharon....

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..." Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin. Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel. "Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (H.R Bukhari dan M...

Exco Kelantan: 'Hak Karpal jika mahu saman MPKB'

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan tetap bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri sedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan. "Saya tak nak komen kenyataan Karpal. Pertamanya sebab saya tak dengar secara direct (langsung), keduanya,  kalau Karpal tengok akta ini, dia akan setuju dengan sayalah. Dia pun peguam. "Itu hak dia nak saman Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB), tapi baca undang-undang itu elok-elok sikit... nanti kita (Karpal) pula yang kena bayar kos. Kita bukan pandai-pandai begitu sahaja masa nak buat undang-undang atau akta," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPKB di sini, hari ini. Akhbar hari ini melaporkan Karpal Singh menggesa Kera...

Piala AFF: Rajagobal kecewa prestasi Apex

KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama 'Apek' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua. "Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi). "Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut. Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75. Mengulas ...

Bantuan rakyat Malaysia sampai 48 jam ke Gaza

Sebagai salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam membantu rakyat Palestin, Aman Palestin Malaysia tidak pernah kenal erti putus asa dalam usahanya menyalurkan bantuan di Gaza. Sinar Harian berkesempatan menemubual Ketua Pengarah Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut berhubung bagaimana NGO ini beroperasi, sempena majlis penyerahan sumbangan Yayasan Nur Karangkraf ke Tabung Kemanusiaan Gaza Sinar Harian di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam. Ikuti temu bual oleh Wartawan, Haslina Kamarudin dan Jurugambar Mohd Shafuan Mohd Sabri. Apakah peranan Aman Palestin? Kami adalah sebuah NGO, bergerak bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel. Kami juga mempunyai pejabat (Bandar Gaza) yang akan memantau setiap permasalahan di sana. Kerajaan Mesir juga sudah mengiktiraf kami sebagai duta kecil Malaysia di sana. Setiap maklumat yang diterima akan dimaklumkan ke sini. Selepas itu, barulah langkah seterusnya dilakukan ...

'Ini cara kami cegah gejala maksiat'

PADANG SERAI - Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12, mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji seja uh mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama. Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di sini semalam.   Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. "Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah. Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nu...

Jenazah Arafat digali Selasa ini

RAMALLAH - Jenazah bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat akan digali pada Selasa ini bagi mengenal pasti punca kematian Allahyarham lapan tahun yang lalu. Yasser meninggal dunia di hospital tentera di Perancis pada November 2004, kira-kira sebulan selepas jatuh sakit. Pemimpin Palestin dan isteri Allahyarham mendakwa Yasser kemungkinan telah diracuni. Awal tahun ini, dokumentari krew Switzerland mendakwa ada kesan radioaktif pada pakaian Yasser, menguatkan lagi spekulasi Allahyarham kemungkinan meninggal dunia kerana diracuni. Tawfik Tirawi yang mengetuai pasukan penyiasat Palestin berkata, pakar perubatan dari Switzerland, Perancis dan Rusia akan mengambil sampel dari tulang Yasser dan akan menguji sampel di negara masing-masing. Menurut Tawfik, jenazah Yasser akan dikebumikan pada hari yang sama dengan diberikan penghormatan tentera tetapi tidak dibuka kepada awam. Kerja-kerja menggali tempat Allahyarham dikebumikan dimulakan dia minggu lalu.

Haram cetak rompak jadi modal perniagaan

SEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barangan cetak rompak yang kini semakin banyak disalin secara tidak sah. Walaupun ada halaman buku yang ingin disalin cetak tertulis perkataan 'Hakcipta Terpelihara' serta 'Tidak Dibenar Ulang Cetak', masih ramai tidak mengendahkannya dan terus membuat salinan, khususnya membabitkan salinan fotostat. Kita lihat hari ini, perkara ini terlalu biasa dalam kehidupan seharian umat Islam. Sehingga ada yang menjadikan cara ini sebagai modal perniagaan mereka. Terutama pada musim harga minyak dan barangan semakin meningkat, semua perkara yang dikira mampu menjimatkan kos akan menjadi pilihan ramai hingga kerap melupakan pandangan Islam atau hukumnya. Bagaimanakah sebenarnya pendirian Islam dalam hal ini? Adakah terus mengharamkannya tanpa bicara? Sampai kepada saya satu soalan seperti berikut: "Ustaz, saya menjalankan perniagaan fo...

Joe Luis Saenz Orang paling dikehendaki FBI ditangkap

MEXICO CITY: Seorang daripada "10 orang paling dikehendaki" oleh FBI, ditahan di Mexico dan dihantar pulang ke Los Angeles untuk dibicara atas kesalahan membunuh, menculik dan memperkosa, kata pegawai Amerika Syarikat, semalam. Timbalan Pengarah Pejabat FBI Los Angeles, Bill Lewis berkata, seorang anggota geng terkenal, Joe Luis Saenz ditahan di Guadalajara Khamis lalu dalam satu operasi bersama dengan kerajaan Mexico. Saenz dihantar ke Los Angeles kelmarin dan pegawai Mexico berkata proses ekstradisi akan bermula dalam beberapa hari lagi. Saenz menembak mati dua anggota kumpulan pesaing pada Julai 1998. - AFP

Piala AFF Suzuki 2012 - Harimau Malaya sedia mengaum

SKUAD Harimau Malaya sudah bersedia berdepan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Biarpun pertemuan kedua-dua pasukan dalam 12 perlawanan terakhir lebih memihak kepada Singapura yang melakar enam kemenangan, Harimau Malaya tidak mahu menjadikan rekod itu sebagai 'batu penghalang' bagi memburu kemenangan. Sebagai rekod, Harimau Malaya yang tampil selaku penyandang juara pada kempen kali ini berjaya mengalahkan Singapura 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, 12 Jun lalu. Bagi pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, beliau mengakui sudah cukup 'masak' dengan rentak permainan Singapura yang dibimbing Radojko Avramovic. Begitupun, Rajagobal lebih cenderung untuk memberikan perhatian kepada corak permainan anak-anak buahnya berbanding memikirkan taktikal Singapura, juara tiga kali Piala Suzuki AFF. "Setakat ini, persiapan kami sungguh rapi dan semua pemain berada dala...

Cermin mata pintar buat si buta

TONGKAT dan anjing mungkin tidak lagi digunakan menjelang 2015 kelak dengan adanya cermin mata khas buat orang buta. Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal. "Beberapa kamera stereoskopik kecil dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pemakainya dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan," Hicks yang juga pencipta alat bantuan melihat ini. Bagaimanapun, Hicks berkata, alat bantuan khas itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan melibatkan 160 sukarelawan bermasalah penglihatan di Oxford dan London. Beliau menambah, selain membantu seseorang yang buta melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata itu jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) .  -  MailOnline