MyEG urus BL1M
PEMBEKAL e-perkhidmatan kerajaan Malaysia, My E.G. Services Berhad (MyEG) dilantik bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di seluruh Negara susulan pelancaran rasminya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pengerusi Eksekutif MyEG, Datuk Dr Norraesah Mohamad, berkata MyEG bangga kerana diberi kepercayaan dan amanah untuk mengurus serta mentadbir program BL1M, yang akan menggunakan seluruh rangkaian sokongan MyEG bagi memanfaatkan golongan sasaran. "Selari dengan matlamat kami untuk mengutamakan rakyat, kami percaya bahawa BL1M akan meningkatkan kesedaran mengenai etika pemanduan berhemat dan sekali gus meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya. "Rangkaian infrastruktur bersepadu MyEG bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah dibuktikan dalam tempoh sedekad yang lalu, dan kami akan terus mempertingkatkan kecekapan dalam menjayakan program BL1M," katanya. Norraesah berkata, progr...