Posts

Showing posts from March, 2013

Foto Hebat karya Patrizia Burra,

Image
I ni dia beberapa hasil karya Patrizia Burra, dia adalah fotografer pemenang penghargaan dan pelukis yang berbasis di Grado, Itali. Hasil karyanya begitu indah dan elegan menampilkan  anak yang lucu dan sangat menawan. Setiap karyanya kaya akan nuansa warna dan ekspresi yang luar biasa. Berikut foto hasil karta Patrizia Burra :

Kampung Che Kundur - Gempar Ikan keli 200KG

Image
Kemunculan ikan haruan seberat 200 kilogram (kg) menggemparkan penduduk Kampung Che Kundur apabila ikan berkenaan terpaksa dibawa menggunakan alat mengangkut barang beroda tiga dan jengkaut. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Saad Mahmud berkata, ikan yang dibawa lebih kurang 150 meter dari rumahnya ke tali air berhampiran menyebabkan ramai penduduk keluar dari rumah masing-masing. "Replika ikan haruan yang disiapkan dalam masa hampir dua minggu ini sebagai simbolik tali air Kampung Che Kundur yang terdapat banyak ikan, selain menjadi lokasi pertandingan memancing. "Saya sengaja meletakkan replika ikan haruan sebagai mercu tanda kampung," katanya setelah selesai meletakkan replika berkenaan di Kampung Che Kundur, di sini. Saad berkata, replika itu sebahagian daripada persediaan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat daerah dan Anugerah Desa Cemerlang. "Kita juga dalam proses membina pintu gerbang dan menceriakan seluruh k...

GAMBAR - Ikan Berkepala Babi

Image
GAMBAR IKAN BERKEPALA KHINZIR SENSASI DI INTERNET | Memang sangat pelik bila melihat babi berbadan ikan yang dipercayai telah ditemui di Palembang. Mana mungkin Ikan dengan Babi boleh mengawan? Semua yang terjadi atas izin dan kekuasaan Allah. 

Johor DT kecoh!

Shah Alam: Suasana bilik persalinan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam kelmarin difahamkan 'menjadi panas' apabila berlaku satu kekecohan yang kemudian tercetus khabar angin kononnya skuad Harimau Selatan mula hilang persefahaman antara pemain. Walaupun butiran sebenar kekecohan itu tidak diketahui tapi ia difahamkan lebih menjurus kepada rasa marah pemain dan pegawai selepas dipalit kecewa tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super. Lebih perit, kedengaran ada yang menjerit, "Safiq...." dalam bilik berkenaan. Wajah kapten pasukan itu tampak kecewa dan seperti marah-marah selepas berjalan keluar dari bilik persalinan berkenaan. Tiada pergaduhan Apa pun senario yang mencipta keraguan itu pantas ditepis jurulatih pasukan, Fandi Ahmad apabila berkata kekecohan itu tidak berlaku dan tidak ada sebarang pergaduhan dalam bilik persalinan seperti dihebohkan. "Semua itu tidak benar dan tidak ada sebarang pergaduhan ant...

Bekas pelajar AF3 hairan bagaimana gosip rampas kekasih, bergaduh boleh timbul

Sudahlah dituduh menyebar cerita teman lelakinya yang didakwa seorang kerabat dirampas aktres, Nur Fathia Abdul Latiff, nama Marsha Milan Londoh dikhabarkan pula bergaduh dengan pelakon itu gara-gara gosip terbabit. Tidak terkejut dengan cerita itu, Marsha, 28, bagaimanapun menjelaskan, dia tidak 'mengenali' Fathia apatah lagi untuk bergaduh dengan pelakon berusia 25 tahun itu. Marsha sebaliknya berasakan ada pihak ketiga yang sengaja melempar fitnah dengan niat melaga-lagakan mereka berdua. Belum pernah digandingkan bersama dalam lakonan, apatah lagi berkawan rapat dengan Fathia, Marsha menegaskan mana mungkin dirinya akan berbuat demikian, apatah lagi lelaki yang dimaksudkan itu langsung tidak dikenalinya. "Kami pernah bertembung di majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), tetapi hanya sekadar bertegur, tak lebih daripada itu. Selain itu, kami pernah digandingkan sekali dalam sesi fotografi sebuah majalah, awal tahun ini. "Apabila ceri...

CEPAT Daftar - 80,000 Unit Rumah Mampu Milik Di Lembah Klang, Wilayah Persekutan

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan. Najib berkata daripada jumlah itu, 50,000 unit rumah akan dibina di Lembah Klang menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), manakala baki 30,000 unit lagi bakal dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di seluruh Wilayah Persekutuan. "Ini bererti 80,000 unit kesemuanya yang akan dilaksanakan di bawah identiti rumah mampu milik," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA Alam Damai Cheras di sini.   Perdana Menteri memberi jaminan harga bagi setiap unit rumah yang ditawarkan di bawah projek tersebut adalah dalam lingkungan yang mampu dibeli oleh kumpulan sasar iaitu mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan. "Program untuk kategori sederhana ini perlu kerana mereka biasanya terlepas dar...

Badan kereta Volkswagen hibrid terlalu ringan

LONDON - Pembuat kereta terkenal Eropah, Volkswagen bakal menghasilkan sebuah kereta hibrid Volkswagen XL1 yang amat menjimatkan minyak, lapor akhbar The Sun semalam. Ia dikuasakan enjin diesel 800cc dan mampu mencapai kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) pada meter laju dalam tempoh 11.9 saat dengan kelajuan maksimum 159 km/j. Badan Volkswagen XL1 diperbuat daripada gentian karbon dan cermin hadapannya dikatakan paling nipis di dunia.   Kenderaan dua tempat duduk yang mempunyai ketinggian 1.18 meter dan berat 800 kilogram itu mampu bergerak sejauh 48km menggunakan tenaga diesel elektrik. Sementara itu, tangki minyak Volkswagen XL1 hanya mampu mengisi 10 liter bahan api. Kereta itu bergerak dari London ke Leeds sejauh 313.82 kilometer dengan kos minyak sebanyak £4 (RM18.67).   Syarikat pengeluar kereta Volkswagen itu membelanjakan £1 bilion (RM4.67 bilion) selama lebih 15 tahun untuk menjadikan badan kereta berkenaan ringan dengan tujuan untuk mengurang...

Jamalul Kiram dulu kata sanggup mati, kini...

MANILA - Seorang warga Filipina yang mengaku sebagai Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III semalam memberitahu para pengikutnya supaya berhenti bertempur selepas seminggu berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.   Jurucakap Jamalul Kiram di sini menyatakan pihaknya mengisytiharkan 'gencatan senjata sebelah pihak' sebagai reaksi terhadap desakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon supaya pertempuran ditamatkan dan penyelesaian secara aman dilakukan. Lebih 200 pengikut Jamalul Kiram menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah warisan Kesultanan Sulu.   "Tentera kami akan berada dalam kedudukan bertahan," kata jurucakap itu, Abraham Idjirani. Menurutnya, para pengikut itu tidak akan melakukan sebarang tindakan. "Para pengikut itu akan kekal berada di tempat mereka sekarang. "Mereka tidak akan meluaskan operasi," katanya.   Menurut Idj...

Ejen-ejen perisikan pantau rumah Jamalul Kiram

MANILA, Filipina - Seorang pegawai Biro Penyiasatan Negara (NBI) Filipina mengaku menghantar beberapa orang ejen ke rumah Sultan Jamalul Kiram III (gambar) di bandar Taguig, di selatan bandar raya ini, lapor akhbar Daily Inquirer semalam. Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan NBI, Reynaldo Esmeralda berkata, ia merupakan operasi yang diluluskan pejabatnya.   Ia turut mendapat kebenaran daripada Timbalan Pengarah Perkhidmatan Penyiasatan Khas, Ruel Lasala. "Tugas yang diberikan kepada ejen-ejen tersebut adalah untuk memantau kediaman keluarga Jamalul Kiram," kata Esmeralda. Tindakan menghantar ejen-ejen tersebut telah menyebabkan kawalan keselamatan di rumah keluarga Jamalul Kiram diperketatkan.   Pendedahan itu dibuat selepas seorang jurucakap keluarga Jamalul Kiram berkata, tiga orang lelaki telah memperkenalkan diri mereka sebagai kru sebuah stesen televisyen dan kemudian berlegar-legar di dalam rumah tersebut kelmarin. Ketika ditanya pemberita kenapa ej...

Puteri Sultan Sulu berbohong

MANILA - Pejabat Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendakwa anak Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram menunjukkan sekeping gambar palsu yang menunjukkan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terkorban semasa bertempur dengan para pengikut bapanya di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com kelmarin.   Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menghantar adiknya, Raja Muda Azzumuddie dan para pengikutnya ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut hak warisan Kesultanan Sulu. Pertempuran kemudian berlaku antara anggota pasukan keselamatan Malaysia dengan para pengikut Jamalul Kiram itu. Jurucakap Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media berkata, gambar itu merupakan gambar anggota-anggota tentera Thailand yang terkorban dalam satu kejadian pada tahun 2007 dan tiada langsung mempunyai kaitan dengan krisis di Sabah.   "Percubaan penipuan Kiram melampaui batas dan tersasar ke dalam tindakan menghasut dan tidak bertang...

Pengorbanan besar berjuang bela negara

Daripada Abdullah bin Abu Aufa katanya, Rasulullah SAW di hari perang Ahzab mengucapkan: "Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka." (Riwayat al-Bukhari) Peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslim akibat kekalahan dalam peperangan Uhud. Kaum Quraisy ingin menumpaskan semua kaum Muslimin. Mereka menubuhkan satu pasukan perang yang besar. Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mempersiapkan seorang tentera penyerang di jalan Allah untuk menjaga keluarganya maka sesungguhnya ia juga telah berperang," (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) Ribuan pasukan terdiri daripada puak Quraisy dan sekutunya yang terdiri daripada kaum Quraisy, bani Asad, Kilab, Syaiban, Ghatafan dan hampir seluruh kabilah sepakat akan menyerang kaum Muslimin di kala itu. Mereka semua berjumlah kira-kira 100,000 ...

TV mesra alam dari Panasonic

Image
Tidak disangkalkan lagi, ternyata Panasonic bakal segera mengeluarkan kembali 11 model VIERA terbarunya pada tahun 2013 ini dan salah satu siri terbaiknya iaitu DT60 Series, meliputi model 55, 47 dan 42 inci. Dengan dukungan kemampuan 3D yang lebih baik, panel LED IPS full HD ini juga memungkinkan sudut pandang 18 peratus lebih luas berbanding model-model sebelumnya. Belum lagi dengan ketersediaan sistem speaker terbaru dengan built-in woofer membuat suara yang dihasilkannya terdengar lebih hidup dibanding sebelumnya. Pengguna memiliki pilihan untuk menyesuaikan skrin yang ada melalui fungsi MY Home. Selain mendukung sambungan kabel, Panasonic SMART VIERA DT60 Series ini juga memiliki fungsi yang mesra alam Eco Navi yang dapat digunakan untuk menentukan kecerahan skrin mengikut keadaan dan kawasan selain masa menonton yang ketika ini digunakan secara automatik dapat membantu menjimatkan penggunaan elektrik. Panasonic SMART VIERA DT60 Series ini sendiri dij...

FAM bakal putuskan nasib Tunku Ismail Jumaat ini

Tumpuan peminat bola sepak tanah air harus terarah kepada drama menarik, esok. Pada hari berkenaan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal mengetahui nasibnya sama ada akan dihukum atau pun dibebaskan daripada menjadi mangsa berikut Artikel 88 ciptaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, Datuk Taufek Abdul Razak berkata satu keputusan muktamad akan diputuskan, esok sama ada mereka memperoleh bukti rakaman video atau tidak. Sebelum ini kami sudah pun menghantar surat pertuduhan pada 28 Februari lalu berdasarkan laporan akhbar tetapi terdapat satu dua perkara untuk diperkemaskan lagi termasuk rakaman VCD. Sekiranya kami tidak mendapat bukti melalui VCD itu, keputusan mengenai pertuduhan ini tetap akan diputuskan pada mesyuarat Jumaat ini (esok), katanya. Tunku Ismail pada perlawanan Johor Darul Takzim (DT) menentang Lions XII di Stadium Tan Sri Hassan Yunos...

Kakitangan badan berkanun mohon faedah seperti kakitangan awam

Shah Alam: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan merangka satu akta bagi membolehkan kakitangan badan berkanun memperoleh faedah sama seperti dinikmati penjawat awam. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata akta itu jika digubal perlu merangkumi empat perkara penting, iaitu kenaikan pangkat, gaji, pilihan persaraan dan penggunaan surat pekeliling yang mana pelaksanaannya kini adalah berbeza antara setiap badan berkanun.   Perlu kaji gaji "Kadang-kala ada pengarah badan berkanun berada di gred JUSA C dan sudah berada di gred ini terlalu lama. Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku, kerana pengarah ini sudah tentu memegang tanggungjawab yang berat. Begitu juga dengan gaji, perlu lihat semula gaji maksimum. "Selain itu, jika sesebuah badan berkanun itu diswastakan, kakitangannya hanya diberi dua pilihan, iaitu menjadi pekerja swasta atau bersara awal. Selain dua pilihan ini, sepatutnya ada satu lagi pil...

Laut, darat dikepung sekat bekalan makanan kepada musuh: Hamza

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan senjata kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pihak keselamatan turut menangkap penceroboh yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan. "Kita mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita sudah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita mengadakan kepungan di lautan dan di darat. "Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka," katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini, hari ini. Penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu yang be...

Jamal Abdillah jadi pengarah

DIA menghibur orang dan dia juga yang menjadi pengarah persembahan untuk Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah -P.Ramlee Dalam Kenangan yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 30, 31 Mei, 1 dan 2 Jun depan. Menurut Jamal Abdillah, dia bukan sengaja bersikap tamak untuk mendominasi konsert solonya di situ tetapi semua itu dilakukan bagi memudah perjalanan konsert yang dianjurkan oleh Bintang Channel, syarikat miliknya.   "Memanglah kalau saya yang menjadi pengarah persembahan untuk konsert itu kos sudah dapat dikurangkan sedikit. Sebenarnya,saya nak jadi pengarah persembahan untuk konsert berdurasi dua jam itu bagi memudahkan kerja. "Sebagai penyanyi saya tahu, lagu apa yang nak diketengahkan dan susunan muzik yang macam mana perlu diberitahu kepada pengarah muzik. Bagi saya dengan cara itu, barulah saya dapat sampaikan apa yang tersirat di sanubari kerana lagu-lagu dendangan Allahyarham Tan Seri P.Ramlee ini amat bermakna," k...

Saya gembira dipanggil - Piya

KOTA BAHARU - Saya gembira apabila dipanggil untuk menyertai Harimau Malaya," kata ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya. Mohd. Badri berkata, penantiannya untuk menyertai kem kebangsaan, tamat apabila diberitahu namanya tersenarai dalam 27 pemain pilihan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen pada 22 Mac ini.   Bagaimanapun, Mohd. Badri yang berasal dari sini berkata, walaupun dipanggil untuk menjalani latihan, dia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kedudukannya sebagai pemain dalam kesebelasan utama pasukan. Semua pemain mahu menyertai skuad kebangsaan termasuk saya. Ini adalah peluang terbaik untuk saya membuktikan kemampuan selain membalas kepercayaan yang diberikan itu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.   Mohd. Badri yang cukup bersedia untuk memberikan persembahan terbaik itu turut menghargai kepercayaan Rajagob...

Arnab gergasi mampu berenang

LONDON 6 Mac - Tidak ramai yang tahu sebenarnya arnab boleh berenang sama seperti anjing. Hal itu dapat dilihat apabila seorang wanita yang memiliki arnab gergasi telah memaksa haiwan itu berenang di dalam kolam hidroterapi bagi merawat penyakit artritis.   Amanda Williams, 44, berkata, arnab yang seberat 68 kilogram dan sepanjang 81.2 sentimeter bernama Heidi dikesan menghidap artritis selepas tidak mampu bergerak pada Krismas tahun lalu. ''Apabila saya membawanya ke doktor haiwan, penyakit itu dikesan di paha dan lutut Heidi dan doktor mencadangkan supaya saya menggunakan rawatan hidroterapi,'' katanya.   Williams tidak menyangka Heidi mampu berenang di dalam kolam tersebut selepas dipakaikan baju renang kerana sebelum ini rawatan itu hanya digunakan untuk kuda dan anjing. ''Saya tidak sangka Heidi boleh berenang pada sesi pertama rawatan ini. Dia ada menghadapi masalah apabila air masuk ke dalam telinganya, namun selepas kami mengikat telinganya...

EU saman Microsoft AS$730 juta

BRUSSELS 7 Mac - Kesatuan Eropah (EU) memfailkan saman sebanyak AS$730 juta (RM2.3 bilion) ke atas syarikat perisian komputer, Microsoft semalam, ekoran gagal menyediakan pilihan aplikasi pelayar Internet kepada pelanggan seperti yang dijanjikan sebelum ini.   EU menyatakan bahawa Microsoft melanggar perjanjian yang dimeterai pada 2009 untuk memastikan pengguna mempunyai pilihan ketika melayari Internet. Hasil siasatan mendapati syarikat perisian itu gagal melunaskan janji tersebut antara Mei 2011 dan Julai 2012

ISU LAHAD DATU - Pengganas Sulu tukar strategi

LAHAD DATU 6 Mac - Kes pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang berlanjutan hampir tiga minggu bertambah rumit apabila pengganas kini menukar strategi dengan menyamar sebagai penduduk kampung.   Taktik yang digunakan itu menyulitkan pihak keselamatan memandangkan kawasan Felda Sahabat di sini, bukan sahaja amat luas tetapi mempunyai ramai penduduk berketurunan Suluk sekali gus menyukarkan proses pengecaman.   Malah, kumpulan pengganas itu juga dikatakan mempunyai sanak-saudara di kawasan kampung selain terdapat dalam kalangan mereka turut mendapat taraf penduduk tetap. Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta masyarakat di kawasan terbabit sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini dalam situasi ketika ini.

ISU LAHAD DATU - Nur Misuari didesak dedah identiti 'pihak ketiga'

KUALA LUMPUR 6 Mac - Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari didesak membuat pendedahan berhubung identiti 'pihak ketiga' yang menjemput serta membiayai tindakan pencerobohan di Sabah.   Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sebagaimana yang diketahui, MNLF tidak akan bertindak secara percuma tanpa sebarang ganjaran atau diberikan insentif komersial.   Jelas beliau, pendedahan tersebut lebih penting berbanding menafikan penglibatan anggota tentera MNLF adalah atas arahan beliau untuk membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa Sultan Sulu itu dalam insiden berdarah di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. ''Nur Misuari begitu cekap bermain sandiwara politik apabila membuat kenyataan itu dan ternyata tidak masuk akal kerana sebagai ketua MNLF beliau yang bayar gaji untuk menyara kehidupan semua anggota tenteranya.

ISU LAHAD DATU - Perajurit terkorban mati syahid - Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 6 Mac - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpendirian bahawa anggota-anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan keselamatan rakyat dan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini tergolong sebagai syahid akhirat.   Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di sisi agama. Jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan tersebut sangat besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara. Saya menyeru semua pihak berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran setimpal atas jasa dan pengorbanan besar yang telah dilakukan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Apa dah jadi, Sultan Muhammad Ke IV sunti sejenak

KOTA BHARU 7 Mac - Kira-kira 10,000 penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini malam tadi bertafakur sebagai menghormati lapan anggota polis yang terkorban akibat pencerobohan kumpulan pengganas bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Mereka bersama pemain pasukan Kelantan dan Maziya Sports & Recreation Club dari Maldives, bertafakur sebelum perlawanan bermula 8.45 malam yang membuatkan suasana stadium yang riuh rendah menjadi sunyi sejenak.   Penyokong yang beragama Islam menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada anggota polis terkorban yang beragama Islam. Seorang penyokong 'The Red Warriors', Ismail Muhammad, 45, dari Tumpat berkata, orang ramai amat menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahan tanah air daripada pencerobohan kumpulan pengganas itu. "Kami mendoakan keselamatan kepada anggota pasukan polis dan tentera yang kini sedang berjuang untuk me...

Lahat Datu - Adik Lanun Sulu Terbunuh

Maklumat terkini, di beritakan adik kepada kepala lanun sulu azzumudin kiram terlah terbunuh dalam serangan pagi tadi... kini hanya tunggu pengesahan dan gambar mayatnya sahaja di keluarkan. Apa pun tidak lah saya tahu kebenarannya namun jika ianya benar kita ucapkan Syabas pasukan PDRM dan ATM atas tugas anda dalam operasi hari ini. Jika tak benar pun kita tetap bangga dengan pasukan keselamatan PDRM dan ATM kita. Namun apa yang pasti setakat ini maklumat sahih pihak PDRM telah menjumpai 20 mayat penceroboh di kawasan kejadian. Kita tunggu nanti lewat petang pastinya akan ada mayat penceroboh yang ditemui. Syabas PDRM dan ATM Sama sama kita nantikan apakah benar Adik Lanun Sulu sudah mati dalam operasi tadi. Saya rasa malam nanti PM akan maklum secara menyeluruh operasi hari ini.

Lotus teroka segmen baharu?

KUALA LUMPUR 3 Mac - Anak syarikat Proton Holdings Bhd. (Proton), Group Lotus Plc (Lotus) mungkin menerokai segmen kereta baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada model kereta pantas sahaja. Ketika ini pengeluar kereta sport mewah British berkenaan hanya mengeluarkan model Ivora, Elise dan Exige dalam pelbagai varian.   Mengikut pasaran kereta pantas dunia, tiada sebuah pun pengeluar yang mampu mencatat keuntungan walaupun jenama mereka dikenali di seluruh dunia kecuali Porsche. Itu pun disebabkan syarikat berkenaan mempunyai model premium dari segmen selain kereta pantas dan fakta ini telah dikongsi sendiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim. Apabila diajukan soalan adakah Lotus akan mencontohi strategi yang dilakukan oleh Porsche, beliau enggan menjawab tetapi memilih untuk membiarkan wartawan yang hadir membuat andaian sendiri.

Tips membeli kamera digital

SEBENARNYA ramai di kalangan kita mampu membeli pelbagai jenis kamera digital namun adakalanya kita terlepas pandang akan beberapa faktor utama sebagai asas pembelian.Ini kerana kita terlalu ghairah ketika hendak membeli gajet itu tanpa memikirkan keperluan sebenar memiliki kamera tersebut dengan kegunaan kita sebagai seorang jurugambar.   Ada beberapa faktor yang menentukan pilihan ketika membeli sebuah kamera DSLR kerana ada pelbagai jenama dan jenis dari peringkat asas hingga ke peringkat yang lebih tinggi (professional) sehingga menimbulkan kekeliruan ketika membuat pilihan.   Semoga tips yang diberikan ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat agar tidak membazir. HARGA, anda perlu ada bajet yang sesuai dengan pilihan kamera yang anda ingin mengikut jenama dan jenis kamera yang diidamkan. Jangan nanti setelah tiba di kedai kamera, anda menukar kepada pilihan kamera yang lebih mahal daripada bajet kerana lebihan bajet boleh digunakan untuk membeli akseso...

Komersial air jampi bertentangan dengan ruqyah

SELAIN perubatan moden, masyarakat kini turut mengambil langkah merawat penyakit menerusi pelbagai kaedah rawatan alternatif. Walaupun usaha tersebut masih dalam kajian untuk dibuktikan kebenarannya, tetapi cara demikian sedikit sebanyak telah menyembuh pelbagai penyakit dalaman mahupun luaran.   Perubatan Islam turut tidak terlepas daripada menjadi salah satu cara rawatan alternatif yang digunakan oleh orang ramai kerana kemampuannya dalam mengubati penyakit. Maka, tidak hairan pada masa kini, pertambahan pusat rawatan Islam tumbuh bagai cendawan selepas hujan kesan permintaan yang tinggi.   Selain itu, kesedaran umat Islam pada hari ini terhadap rawatan bomoh yang menipu pesakit menyebabkan ramai kembali mendapatkan perubatan Islam. Bagaimanapun, ramai tersilap tanggapan apabila mengatakan bacaan jampi bukan tergolong dalam perubatan Islam. Jampi sebenarnya termasuk dalam salah satu perubatan Islam apabila perkataan tersebut diistilah dalam bahasa Arab sebagai ...