DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) mula menawarkan pelan bagi iPhone 5 pada harga RM2,012 serta buat kali kedua menawarkan peranti berkenaan secara dalam talian.
Ketua Internet dan Perkhidmatannya, Praveen Rajan berkata, peranti berkenaan memang dinantikan dan ini adalah kali kedua DiGi membuka tempahan secara dalam talian bagi mengelakkan pembeli beratur panjang untuk mendapatkan telefon pintar itu.
"Malah, kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam masa tiga hari daripada tarikh pembelian dibuat," katanya selepas pelancaran kempen berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, DiGi menawarkan iPhone 5 mulai semalam dan mula menerima tempahan dalam talian sejak 7 Disember lalu.
Ia turut ditawarkan secara pelan prabayar melalui rakan niaga DiGi iaitu Courts dan Senheng Electric.
Antara kelebihan yang dapat dinikmati pelanggan DiGi adalah kadar komitmen bulanan serendah RM60 dengan tiada caj tambahan sekiranya melebihi kuota.
iPhone 5 peranti paling nipis dan ringan yang ditawarkan Apple dengan paparan Retina 4-inci. Ia didatangkan dengan iOS 6, sistem operasi terkini yang menawarkan lebih 200 ciri baru.
Popular posts from this blog
GAMBAR IKAN BERKEPALA KHINZIR SENSASI DI INTERNET | Memang sangat pelik bila melihat babi berbadan ikan yang dipercayai telah ditemui di Palembang. Mana mungkin Ikan dengan Babi boleh mengawan? Semua yang terjadi atas izin dan kekuasaan Allah.
JOHOR BAHRU - Seorang doktor ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan kes cabul kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan, kelmarin, daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya dicabul oleh doktor terbabit dalam kejadian 20 Oktober lalu. "Polis ada menerima laporan ini kelmarin apabila seorang bapa mendakwa anaknya dicabul oleh seorang doktor lelaki yang memberi umpan sebuah telefon bimbit. "Polis sedang melakukan siasatan susulan berhubung kes ini. Doktor terbabit yang berusia 40 tahun dan masih bujang ini ditahan polis di klinik miliknya di sekitar Taman Bukit Indah, di sini, untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD Nusajaya, di sini, semalam. Nor Hashim berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan di IPD Nusajaya sekitar jam...
Ubat sangat diperlukan bagi pesakit untuk menyembuhkan penyakitnya. Sayang, beberapa jenis ubat harganya masih melambung tinggi. Glybera, yang dikembangkan oleh perusahaan swasta Belanda uniQure, merupakan ubat terapi gen pertama di dunia yang diperkirakan harganya mencapai US $1,6 juta . Tak hairan, ubat ini pun dinobatkan sebagai ubat paling mahal sedunia. Glybera adalah terapi gen pertama yang disetujui dalam pasar kesihatan independen. "Terapi ini akan memiliki 'impak yang dramatis' pada pesakit," jelas Profesor John Kastelein, dari University of Amsterdam, seperti dilansir Worldrecordacademy, Jumaat (25/1/2013). Menurut Joern Aldag, chief executive dari uniQure yang berbasis di Amsterdam, ubat ini dijual dengan harga tinggi kerana terapi gen memulihkan fungsi tubuh alami dan tidak hanya memperbaiki dalam jangka waktu pendek. Pengubatan dilakukan dengan menggunakan virus untuk melawan LPLD (lipoprotein lipase deficiency), yang dapat menyebabkan peradangan akut pad...
Comments
Post a Comment